Peraduan Gambar Bersama Juadah Masakan 👩‍🍳👨‍🍳📸

HADIAH

⭐ Kategori Kegemaran Ramai

🏅Pertama : RM300 x 1 pemenang

🏅Kedua : RM120 x 1 pemenang

🏅Ketiga : RM80 x 1 pemenang

 

⭐ Kategori Cabutan Bertuah

🏅Saguhati : RM50 x 5 pemenang 

CARA PENYERTAAN

1. Gambar Selfie / Wefie raya bersama juadah masakan

2. Post gambar  selfie/wefie bersama juadah masakan di ruangan komen post peraduan Gambar Bersama Juadah Masakan pada tarikh 1 Mac hingga 23 Mac 2025 (jam 11.59pm)

3. Kami akan post gambar anda di album pada 25 Mac – 08 Apr 2025. Kumpul reaksi Like, Love, Care dan Wow untuk gambar anda.

4.Hadiah hanya boleh dituntut daripada pihak penganjur di alamat seperti di bawah:

D’Ayam Tua Kolombong, Lot 43, Lorong Mangga 2, Kolombong/ Bdc Milek Perkasa Industrial Estate, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.3. 

TERMA & SYARAT

1. Peraduan Gambar Bersama Juadah Masakan ini terbuka kepada semua followers Istana Ayam Tua yang bermastautin di Sabah berusia 18 tahun dan ke atas yang memiliki dokumen pengenalan yang sah.

2. Tempoh tuntutan hadiah adalah sepuluh [10] hari dari tarikh pengumuman senarai pemenang. Hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.

3. Pemakaian pelitup muka tidak dibenarkan semasa gambar Selfie/Wefie bersama juadah masakan.

4. Sebarang penuntutan yang tidak membekalkan dokumen/bukti penuntutan yang sahih tidak akan dilayan.

5. Peserta program mesti mematuhi terma & syarat pihak yang mengatur atau menyediakan hadiah. Penganjur berhak untuk menarik balik hadiah sekiranya peserta tidak mematuhi Terma & Syarat.

6. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan dan/atau menggantung hadiah, tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu. Semua hadiah dituntut dalam keadaan “sedia ada” dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit atau barangan lain atau baucar sama ada secara sebahagiannya atau sepenuhnya.

7. Keputusan penganjur dalam semua perkara berkaitan program adalah mutakhir, muktamad dan tetap sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

8. Penyertaan dalam program ini dan penerimaan sebarang hadiah menandakan peserta memberikan kebenaran kepada Penganjur untuk menggunakan nama dan gambar Peserta untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang pampasan mahupun perlu memberikan notis kepada peserta terlebih dahulu.

9. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya hadiah hilang, rosak, cacat atau dicuri semasa dan selepas kutipan hadiah. Semua peserta bersetuju secara tidak bersyarat untuk menanggung liabiliti penuh dan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, ganti rugi, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) yang dialami akibat daripada penyertaan mereka dalam program ini, penebusan dan atau penggunaan hadiah.

10. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan dengan peraduan dan tuntutan hadiah adalah tanggungjawab peserta sepenuhnya.

11. Dengan menyertai program ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma & syarat  dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh penganjur adalah muktamad dan mengikat. Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada peserta dan peserta hendaklah terikat kepada perubahan sedemikian.

12. Untuk pertanyaan lanjut mengenai Program, sila hubungi talian khas 010-6624099 (8.00 Pagi – 12.00 tengah hari, 2.00 petang – 5.00 petang, Isnin hingga Jumaat dan 8.00 pagi – 12 tengah hari Sabtu.