
Umum
1. Peraduan We Love Our Family 2023 dianjurkan oleh D’Ayam Tua/Istana Ayam Tua (C-Care Enterprise Sdn Bhd).
2. Peraduan ini bermula pada 17 Jun 2023 (Sabtu) jam 12 tengah hari sehingga Admin komen ‘STOP’.
3. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi hadiah sebanyak sekali (1) sahaja.
4. Peraduan ini tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dinyatakan dan pihak penganjur berhak untuk mengubah, menambah, mengubahsuai terma dan syarat pada ketika yang dianggap bersesuaian tanpa memberikan notis awal.
5. Dengan mengikuti peraduan ini, peserta mengaku telah membaca dan memahami terma dan syarat dan bersetuju dengan terma dan syarat peraduan.
6. Peserta juga seterusnya mengizinkan pihak penganjur untuk mengguna dan memaparkan gambar dan nama peserta dalam apa jua kaedah untuk tujuan yang berkaitan dengan peraduan. Peserta tidak berhak untuk menuntut sebarang hak proprietari yang bersesuaian dengannya.
Kelayakan
1. Semua individu berumur 16 tahun dan ke atas, dan
2. Warganegara Malaysia yang memegang kad pengenalan yang sah dan bermastautin di Sabah.
Cara Penyertaan
1. Peserta perlu like dan follow page ‘Facebook Istana Ayam Tua’ untuk melayakkan diri menyertai peraduan ini.
2. Peserta perlu komen “#Weloveourfamily” dan Tag 3 orang rakan pada ruangan komen post poster rasmi peraduan We Love Our Family 2023.
3. Peserta boleh komen sebanyak yang mungkin di ruangan komen post peraduan bagi meningkatkan peluang untuk menang.
4. Penganjur akan komen “TAMAT” pada ruangan komen menandakan tamat masa peraduan.
5. 5 komen yang terakhir akan dipilih sebagai pemenang daripada akaun Facebook yang berlainan.
Hadiah
1. Hadiah peraduan
i) Hamper bernilai RM50 X 5 pemenang.
7. Untuk menebus hadiah, pemenang hendaklah menghantar mesej ke laman Facebook Istana Ayam Tua dengan butiran berikut:
i) Nama Penuh (seperti dalam kad pengenalan)
ii) Nombor Telefon
iii) Nombor kad pengenalan
8. Semua hadiah mesti dituntut daripada pihak penganjur di alamat berikut:
D’Ayam Tua Kolombong, Lot 43, Lorong Mangga 2, Kolombong/ Bdc Milek Perkasa Industrial Estate, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.
9. Pengumuman rasmi nama pemenang akan diumumkan sebelum Jumaat 30 Jun 2023.
10. Peserta mesti menuntut hadiah dalam masa empat belas (14) hari selepas pengumuman pemenang telah diumumkan.
11. Selain peruntukan hadiah, semua kos atau perbelanjaan apa pun yang berkaitan dengan peraduan dan penebusan hadiah adalah menjadi tanggungjawab penuh pemenang dan para peserta.
12. Hadiah tidak boleh ditukar dan ditebus dengan wang tunai atau barangan lain. Sekiranya pemenang memilih untuk tidak menerima hadiah atas alasan apa pun, tiada sebarang ganti rugi yang akan diberikan.
13. Walau bagaimanapun, pihak penganjur boleh pada bila-bila masa atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan hadiah dengan barang-barang lain yang bersamaan atau sama nilainya dengan atau tanpa sebarang syarat.