Umum
Peraduan ini dijalankan selama 3 bulan serentak di semua cawangan ‘Istana Ayam Tua & D’Ayam Tua’ dan cabutan pemenang akan dibuat hanya satu (1) kali sahaja.
1.Peraduan Beli & Menang Istana Ayam Tua dianjurkan oleh Istana Ayam Tua (Pihak Penganjur) dan terbuka kepada semua rakyat bermastautin di Sabah berumur antara 18 tahun ke atas yang mempunyai Mykad.
2. Kakitangan pihak penganjur serta ahli keluarga mereka yang terdekat (anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri) TIDAK LAYAK menyertai peraduan ini.
3.Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan peserta yang terlibat dalam mana-mana kategori yang disebut diatas dan/atau yang melanggar mana-mana terma & syarat bertulis.
4. Tempoh penyertaan bermula dari 05 November 2022 hingga 31 Januari 2023. Pihak penganjur berhak memindah tempoh penyertaan pada bila-bila masa sahaja tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima diluar tempoh penyertaaan tidak akan dilayan.
Cara Penyertaan
1. Peserta perlu berbelanja di mana-mana cawangan Istana Ayam Tua atau D’Ayam Tua.
2. Peserta hanya perlu berbelanja dengan minimum RM80 & ke atas dalam satu [1] resit tunggal (bukti pembelian). Peserta boleh menghantar berbilang penyertaan tetapi hanya boleh memenangi satu [1] daripada hadiah.
3. Pelanggan yang layak menyertai perlu isi butiran seperti di bawah :
– Nama Penuh
– No. Kad Pengenalan
– No.Telefon
di resit pembelian dan masukkan resit tersebut ke dalam kotak peraduan yang telah disediakan.
4. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan peserta jika butiran yang dikehendaki tidak lengkap, tidak jelas atau tidak tepat.
Hadiah
HADIAH UTAMA : YAMAHA 135LC V7
Pemenang Pertama : LG 55″ REAL 4K SMART UHD TV
Pemenang Kedua : 2-DOOR FRIDGE 205L
Pemenang Ketiga : 52L Electrical Oven
Pemenang Ke 4 & 5 : Air Fryer 3.5L
Pemenang Ke 6-15 : Hamper RM50 x 10
Pemenang Ke 16 – 30 : Voucher RM30 x 15
5. Senarai pemenang akan diumum dan ditayangkan di laman sosial media (facebook – Istana Ayam Tua).
6. Pemenang boleh menuntut hadiah lima [5] hari dari tarikh pengumuman senarai pemenang. Semua hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.
7. Hadiah-hadiah boleh diambil daripada pihak penganjur di alamat seperti di bawah:
Istana Ayam Tua Tanjung Point, Jln Tanjung Labuaya, Tanjung Point,
89150 Tuaran, Sabah
8. Hadiah-hadiah dibekalkan oleh pihak ketiga. Pihak penganjur tidak menjamin kualiti hadiah dan tidak akan memberi sebarang jaminan atau komitmen ke atas hadiah-hadiah.
9. Pemilihan pemenang hadiah bertuah akan dilakukan secara rawak oleh wakil dari pihak penganjur. Pemenang akan dihubungi melalui telefon/aplikasi WhatsApp yang telah diberikan dalam kertas butiran diri peserta dengan maksima tiga [3] kali cubaan. Jika pemenang tidak dapat dihubungi selepas tiga [3] kali cubaan, pemenang baru akan dipilih.
10. Pihak penganjur berhak di atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masanya tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik dan akan diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan tunai, kredit dan barangan lain atau baucar secara sebahagian atau sepenuhnya.
Lain-lain
1. Semua pemenang mestilah mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur dan/atau pihak yang menyediakan hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama hadiah berkenaan, jika ada. Hadiah yang hilang dan/ atau rosak semasa proses penghantaran dan/ atau semasa penebusan hadiah tidak akan digantikan dan pihak penganjur menafikan sebarang dan semua liabiliti yang timbul daripadanya dan kewajipan untuk menggantikan hadiah yang hilang dan/ atau rosak.
2. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
3. Semua hadiah-hadiah mesti dituntut dalam tempoh empat belas [14] hari dari tarikh pengumuman senarai pemenang. Semua hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.
4. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan peserta jika butiran yang dikehendaki tidak lengkap, tidak jelas atau tidak tepat.
5. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan ini dan menuntut hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.
6. Pemenang hadiah utama bertanggungjawab sepenuhnya bagi menanggung kos yang terlibat termasuk cukai jalan, yuran pendaftaran kenderaan, yuran plat numbor kenderaan, insurans dan/ atau lain-lain caj perkhidmatan/ pengendalian dan kos berkenaan dengan hadiah utama, seperti caj penghantaran hadiah utama. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas kos seperti cukai jalan, insuran kenderaan, kos penghantaran hadiah kepada pemenang hadiah utama dan/ atau sebarang kos tambahan.
7. Para pemenang dikehendaki menunjukkan kad pengenalan yang sah kepada pihak penganjur untuk tujuan pengesahan dalam proses penebusan hadiah. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kemenangan penyertaan tersebut akan dibatalkan. Pihak penganjur berhak dalam budi bicaranya menolak mana-mana resit yang disyaki diubahsuai atau dalam mana-mana keadaan yang tidak dapat diterima.
8. Semua penyertaan akan menjadi hak milik pihak penganjur dan para peserta tidak akan menuntut, menggunakan atau mengeksploitasi penyertaan tersebut bagi sebarang tujuan dengan apa-apa cara pada bila-bila masa. Dengan menyertai peraduan ini, para peserta bersetuju bahawa pihak penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama dan/atau gambar para peserta dan/atau para pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau publisiti tanpa memberi bayaran atau notis terlebih dahulu dan seterusnya bersetuju bahawa para peserta dan/atau para pemenang mengenepikan semua hak yang berkaitan dengan gambar yang mereka telah sertakan untuk peraduan ini. Para peserta tidak berhak untuk menuntut pemilikan atau lain-lain bentuk pampasan terhadap bahan-bahan tersebut.
9. Sekiranya pemenang memerlukan seorang wakil untuk menuntut hadiah bagi pihak mereka, wakil pemenang hendaklah membawa surat kebenaran yang ditandatangani oleh pemenang bersertakan salinan kad pengenalan (MyKad) pemenang.
10. Sekiranya anda bersetuju untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi wakil anda, anda mengakui bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadinya kepada kami dan untuk dihubungi oleh kami.
11. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan mana-mana peserta yang didapati telah mengusik proses penyertaan atau operasi peraduan atau telah bertindak melanggar atau berpotensi untuk melanggar Terma dan Syarat peraduan.
12.Dengan menyertai Peraduan ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad dan mengikat. Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada peserta dan peserta hendaklah terikat kepada perubahan sedemikian.
13. Untuk pertanyaan lanjut mengenai Peraduan, sila Hubungi Talian Khas 010-6624099 (8.00 Pagi – 12.00 tengah hari, 1.00 petang – 5.00 petang, Isnin hingga Jumaat dan 8.00 pagi – 12 tengah hari Sabtu atau kunjungi laman web www.ccare.com.my