Info Semasa

Perkongsian info, isu semasa & aktiviti terkini.

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

“OPENING SPEND & WIN”

TERMA & SYARAT PERADUAN

A. Umum

    1. Peraduan “Opening Spend & Win”adalah dianjurkan oleh Istana Ayam Tua, Cawangan Tuaran Tanjung Point.
    2. Peraduan ini bermula pada hari Ahad, 1 November2020, jam 8.00 pagi dan berakhir pada hari Ahad, 15 November 2020, jam 9.00 malam.
    3. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan (resit). Walau bagaimanapun, setiap peserta hanya akan menang sekali sahaja sepanjang tempoh peraduan.
    4. Peraduan ini tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dinyatakan dan pihak penganjur berhak untuk mengubah, menambah, dan/atau mengubahsuai terma dan syarat pada dan ketika yang dianggap bersesuaian tanpa memberikan notis awal.
    5. Dengan menyertai peraduan ini, peserta mengaku telah membaca dan memahami terma dan syarat dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat peraduan.
    6. Peserta juga seterusnya mengizinkan pihak penganjur untuk menggunakan dan memaparkan gambar dan nama peserta dalam apa jua kaedah untuk tujuan yang berkaitan dengan peraduan. Peserta tidak layak untuk menuntut sebarang hak proprietari yang bersesuaian dengannya.

B. Kelayakan

Peraduan ini terbuka kepada:

      1. Semua individu berumur 18 tahun dan ke atas, dan
      2. Warganegara Malaysia yang memegang dokumen yang sah

Peraduan ini tidak terbuka kepada kakitangan pihak penganjur dan ahli keluarga terdekat mereka atau siapa-siapa sahaja yang terbabit dengan pentadbiran dan pelaksanaan peraduan.

C. Cara Penyertaan

    1. Peserta perlu melakukan pembelian sebanyak Rm100 bagi melayakkan diri dalam peraduan ini.
    2. Memasukkan resit pembelian tersebut ke dalam Kotak Opening Spend & Windi Istana Ayam Tua, Cawangan Tuaran Tanjung Point.  
    3. Peserta MESTI menulis nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon di resit pembelian.

D. Pemilihan Pemenang

    1. Seramai enam(6) peserta akan dipilih sebagai pemenang.
    2. Pemilihan pemenang adalah melalui enam (6) cabutan secara rawak.
    3. Pemenang akan diumumkan di laman Facebook Istana Ayam Tua pada 18 November 2020
    4. Keputusan dan pemilihan pemenang dalam peraduan ini adalah muktamad. Tiada rayuan melalui surat-menyurat dan sebarang percubaan untuk merayu, mengkaji, mempertikaikan keputusan tidak akan dilayan.

E. Hadiah

    1. Hadiah peraduan berupa;

      Pemenang utama; PHILIPS 32” LED TV

      Pemenang kedua: SHARP 1.7L JUG KETTLE

      Pemenang ketiga dan keempat: Hadiah bernilai RM30

      Pemenang kelima dan keenam: Hadiah bernilai RM10

    2. Seorang peserta hanya layak memenangi satu (1) hadiah saja.
    3. Pihak kami akan menghubungi pemenang melalui nombor telefon yang telah ditulis di dalam resit.
    4. Pemenang yang tidak dapat dihubungi dalam masa 2 hari akan terbatal penyertaannya dengan serta merta.
    5. Semua hadiah mesti diambil daripada pihak penganjur dalam masa sepuluh(10) hari bekerja selepas pengumuman pemenang dilakukan di alamat seperti di bawah:

F. Lain-lain

    1. Peserta bersetuju bahawa pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap peserta dan/atau mana-mana pihak dalam cara apa pun untuk sebarang bentuk liabiliti, kehilangan, tuntutan dan/atau kerosakan yang timbul berhubung dengan peraduan atau sebaliknya.
    2. Pihak penganjur dengan ini menafikan dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kecederaan peribadi, keadaan kesihatan dan kerosakan harta yang timbul akibat daripada penerimaan hadiah dan pemenang mestilah melepaskan pihak pengajur daripada sebarang tuntutan.
    3. Dalam keadaan peraduan ini tidak dapat ditadbirkan, ditinggalkan, dibatalkan dan/atau dihentikan atas sebab apa pun, pihak penganjur, tanpa tertakluk terhadap sebarang liabiliti dan atas kuasa mutlak, boleh untuk membatalkan, menamatkan, mengubah suai atau menggantung peraduan dan/atau membatalkan mana-mana penyertaan dalam peraduan ini tanpa memberi sebarang alasan dan tanpa notis kepada peserta.