1. Pendaftaran adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia bagi yang berumur 16 tahun ke atas.
2. Kad keahlian Istana Ayam Tua tidak dikategorikan sebagai kad kredit atau kad caj.
3. Kad keahlian ini boleh diperbaharui menggunakan yuran tahunan sebanyak RM12 atau RM20 untuk tempoh 2 tahun.
4. Setiap ahli bertanggungjawab untuk memperbaharui keahlian di semua cawangan Istana Ayam Tua dan D’Ayam Tua.
5. Kad keahlian Istana Ayam Tua mestilah ditunjukkan kepada pihak juruwang untuk setiap transaksi pembelian yang dibuat agar jumlah perbelanjaan dapat direkod. Jika gagal untuk menunjukkan kad keahlian, maka pengiraan setiap mata ganjaran tidak akan dikira.
6. Segala maklumat berkenaan promosi dan pengumuman akan dihantar melalui Whatsapp / SMS / Email untuk pemegang kad ahli sahaja.
7. Jika didapati kad keahlian telah hilang atau dicuri, yuran sebanyak RM12 akan dikenakan bagi proses pembaharuan untuk menggantikan kad yang hilang.
8. Kad keahlian Istana Ayam Tua tidak boleh dipindah milik bagi setiap perseorangan, kredit tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga
9. Istana Ayam Tua dan D’ Ayam Tua berhak mengakses data peribadi dalam setiap kad keahlian yang telah didaftarkan dalam sistem keahlian.
10. Istana Ayam Tua dan D’ Ayam Tua berhak untuk menamatkan sebarang program promosi atau yang berkenaan, yang dianjurkan pada bila-bila masa apabila diperlukan.
11. Istana Ayam Tua dan D’ Ayam Tua berhak untuk menambah pembaharuan pada terma dan syarat kad keahlian tanpa sebarang notis. Setiap pembaharuan ini akan mengatasi terma dan syarat yang sedia.
12. Pemegang kad keahlian sahaja yang berhak untuk menebus sebarang hadiah atau baucar daripada pihak Istana Ayam Tua dan D’ Ayam Tua.
13. Setiap pemegang kad keahlian mesti menunjukkan kad pengenalan atau dokumen yang sah semasa menebus sebarang hadiah atau baucar.
14. Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan tunai, kredit atau harta benda yang disebabkan Incard Istana Ayam Tua.
Utama | Tentang Syarikat | Info Semasa | Lokasi | Terma & Syarat | Privasi | Hubungi