Set Pisau PapaMama
CARA PENYERTAAN
1. Program Kumpul dan Tebus ini terbuka kepada semua pelanggan yang bermastautin di Sabah yang berusia 18 tahun dan ke atas yang memiliki Kad Member Istana Ayam Tua kecuali kakitangan C-Care Enterprise Sdn Bhd (Penganjur), serta anggota keluarga terdekat masing-masing.
2. Setiap pembelian RM80 dan ke atas dalam satu resit pembelian di semua cawangan Istana Ayam Tua dan D’Ayam Tua akan melayakkan anda untuk menyertai Peraduan Kumpul & Tebus dan akan menerima 1 Kad berserta 1 pelekat Istana Ayam Tua.
3. Peserta perlu menggunakan kad penebusan yang sama untuk mengumpul 20 pelekat dalam tempoh masa yang ditetapkan dan akan berpeluang menebus 1 Set Pisau Papamama secara PERCUMA. (Selagi stok masih ada)
4. Program ini bermula dari 15/01/2026 dan berakhir pada 28/02/2026 (Tempoh Program) selagi stok masih ada. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan pada bila-bila masa dalam tempoh program tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
5. Pelanggan yang memiliki kad ahli hanya dibenarkan menebus Set pisau PapaMama sekali (1) sahaja sepanjang program berlangsung.
TERMA & SYARAT
| 1. Pelanggan yang memiliki kad Member layak mendapat 1 keping pelekat sahaja sehari dengan setiap pembelian RM80 dan ke atas dalam satu resit, daripada juruwang atau kakitangan yang bertugas. | ||||||||
| 2. Setiap Member yang berjaya mengumpul 20 pelekat dan lengkapkan dalam kad penebusan yang sama dalam tempoh yang diberikan hanya dibenarkan menebus 1 unit PapaMama Kitchen Knife Set sahaja secara PERCUMA. | ||||||||
| 3. Program ini dilaksanakan di semua cawangan Istana Ayam Tua & D’Ayam Tua. | ||||||||
| 4. Penebusan adalah terhad kepada satu (1) kad ahli bagi setiap pelanggan. | ||||||||
| 5. Kakitangan C-Care Enterprise Sdn. Bhd. (Penganjur) serta ahli keluarga terdekat masing-masing tidak layak untuk menyertai program ini. | ||||||||
| 6. Penebusan item boleh diambil daripada pihak penganjur di alamat seperti di bawah (Selagi stok masih ada): | ||||||||
a) D’Ayam Tua Kolombong, Lot 43, Lorong Mangga 2, Kolombong/ Bdc Milek Perkasa Industrial Estate, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.
|