Info Semasa

Perkongsian info, isu semasa & aktiviti terkini.

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

FACEBOOK “TAG & MENANG” 2020

TERMA & SYARAT PERADUAN

A. Umum

    1. Peraduan ‘Tag and Menang’ adalah dianjurkan oleh Istana Ayam Tua.
    2. Peraduan ini bermula pada hari Isnin, 20 Ogos 2020.
    3. Peserta dibenarkan untuk tag 3 rakan seberapa banyak kali yang diinginkan.
    4. Peraduan ini tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dinyatakan dan pihak penganjur berhak untuk mengubah, menambah, dan/atau mengubahsuai terma dan syarat pada dan ketika yang dianggap bersesuaian tanpa memberikan notis awal.
    5. Dengan menyertai peraduan ini, peserta mengaku telah membaca dan memahami terma dan syarat dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat peraduan.
    6. Peserta juga seterusnya mengizinkan pihak penganjur untuk menggunakan dan memaparkan gambar dan nama peserta dalam apa jua kaedah untuk tujuan yang berkaitan dengan peraduan. Peserta tidak layak untuk menuntut sebarang hak proprietari yang bersesuaian dengannya.

B. Kelayakan

Peraduan ini terbuka kepada:

    1. Semua individu berumur 18 tahun dan ke atas, dan
    2. Warganegara Malaysia yang memegang kad pengenalan yang sah.

Peraduan ini tidak terbuka kepada kakitangan pihak penganjur dan ahli keluarga terdekat mereka atau siapa-siapa sahaja yang terbabit dengan pentadbiran dan pelaksanaan peraduan.

C. Cara Penyertaan

    1. Peserta mestilah ‘LikeFacebook Istana Ayam Tua bagi melayakkan diri untuk menyertai peraduan ini.
    2. Peserta hendaklah ‘TAG’ sekurang-kurangnya tiga (3) orang rakan Facebook pada poster Peraduan Tag dan Menang 2020 dan ‘SHARE’ poster yang akan dikongsikan oleh Facebook Istana Ayam Tua pada 20 Ogos 2020.
    3. Peserta yang ‘TAG’ rakan-rakan Facebook selepas waktu yang ditetapkan akan terbatal dengan sendirinya.

D. Pemilihan Pemenang

    1. Seramai lima (5) orang peserta akan dipilih sebagai pemenang.
    2. Pemilihan pemenang akan ditentukan:
      • Peserta ‘Like’ Facebook Istana Ayam Tua
      • Peserta ‘Share’ poster ‘Tag and Win’ Facebook Istana Ayam Tua
    3. Pemenang akan ditentukan melalui lima (5) komen terakhir (Tag 3 akaun Facebook) pada post ‘Tag dan Menang 2020’, di mana masa dan tarikh tamat untuk pemilihan akan diberitahu sehari sebelum Tarikh tamat peraduan.
    4. Pemenang akan diumumkan di Facebook Istana Ayam Tua sebelum 30 Ogos 2020.
    5. Keputusan dan pemilihan pemenang dalam peraduan ini adalah muktamad. Tiada rayuan melalui surat-menyurat dan sebarang percubaan untuk merayu, mengkaji, mempertikaikan keputusan tidak akan dilayan.

E. Hadiah

    1. Pemenang utama;
      • Hamper yang bernilai RM50, dan
      • Baucar Pembelian bernilai RM50.
    2. Pemenang tempat seterusnya;
      • Hamper yang bernilai RM30, dan
      • Baucar Pembelian bernilai RM20.
    3. Seorang peserta hanya layak memenangi satu (1) hadiah saja.
    4. Untuk menebus hadiah, pemenang hendaklah menghantar mesej ke laman Facebook Istana Ayam Tua dengan butiran berikut:
      • Nama Penuh (seperti dalam kad pengenalan)
      • Nombor Telefon
      • Nombor kad pengenalan
    5. Semua hadiah mesti diambil daripada pihak penganjur dalam masa tujuh (7) hari selepas pengumuman pemenang dilakukan di alamat seperti di bawah:
      • D’ Ayam Tua Kolombong, Lot 43, Lorong Mangga 2, BDC/MILEK Perkasa Industrial Estate, Kolombong, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.
    6. Selain peruntukan hadiah, semua kos atau perbelanjaan apa pun yang berkaitan dengan peraduan dan penebusan hadiah adalah menjadi tanggungjawab penuh pemenang dan para peserta.
    7. Hadiah tidak boleh ditukar dan ditebus dengan wang tunai atau barangan lain. Sekiranya pemenang memilih untuk tidak menerima hadiah atas alasan apa pun, tiada sebarang ganti rugi yang akan diberikan.
    8. Walau bagaimanapun, pihak penganjur boleh pada bila-bila masa atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan hadiah dengan barang-barang lain yang bersamaan atau sama nilainya dengan atau tanpa sebarang syarat.

F. Lain-lain

    1. Peserta bersetuju bahawa pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap peserta dan/atau mana-mana pihak dalam cara apa pun untuk sebarang bentuk liabiliti, kehilangan, tuntutan dan/atau kerosakan yang timbul berhubung dengan peraduan atau sebaliknya.
    2. Pihak penganjur dengan ini menafikan dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kecederaan peribadi, keadaan kesihatan dan kerosakan harta yang timbul akibat daripada penerimaan hadiah dan pemenang mestilah melepaskan pihak pengajur daripada sebarang tuntutan.
    3. Dalam keadaan peraduan ini tidak dapat ditadbirkan, ditinggalkan, dibatalkan dan/atau dihentikan atas sebab apa pun, pihak penganjur, tanpa tertakluk terhadap sebarang liabiliti dan atas kuasa mutlak, boleh untuk membatalkan, menamatkan, mengubah suai atau menggantung peraduan dan/atau membatalkan mana-mana penyertaan dalam peraduan ini tanpa memberi sebarang alasan dan tanpa notis kepada peserta.