Program Kumpul & Tebus 2023

Umum

1. Program Kumpul dan Tebus ini terbuka kepada semua pelanggan bermastautin di Sabah yang berusia 18 tahun dan ke atas yang memiliki Kad Member Istana Ayam Tua kecuali kakitangan C-Care Enterprise Sdn Bhd (Penganjur), serta anggota keluarga terdekat masing-masing.

2. Setiap pembelian pertama RM50 dan ke atas dalam satu resit di cawangan D’Ayam Tua Kolombong & D’Ayam Tua Kiansom akan melayakkan anda untuk menyertai program Kumpul & Tebus dan akan menerima 1 pelekat Istana Ayam Tua.

3. Peserta perlu menggunakan kad penebusan yang sama untuk mengumpul 15 pelekat dalam tempoh masa yang ditetapkan dan akan berpeluang menebus Thermos Bottle 304 Stainless Steel With Cup secara PERCUMA. (Selagi Stok Masih Ada)

4. Peraduan bermula dari 10/02/2023 dan berakhir pada 30/04/2023 (Tempoh Program). Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan pada bila-bila masa dalam tempoh program tanpa memberikan notis terlebih dahulu.

Kelayakan

Program ini terbuka kepada:

1. Semua pelanggan yang berusia 18 tahun dan ke atas kecuali kakitangan C-Care Enterprise Sdn Bhd (Penganjur), serta anggota keluarga terdekat masing-masing

2. Dapatkan 1 pelekat dengan setiap pembelian RM50 dan ke atas dalam satu resit pembelian.

Cara Penyertaan

1. Pelanggan yang membuat pembelian RM50 dan ke atas dalam satu resit pembelian

2. Peserta yang berjaya mengumpul 15 pelekat dan lengkapkan dalam kad penebusan dalam tempoh yang diberikan berpeluang menebus Thermos Bottle 304 Stainless Steel With Cup secara PERCUMA.

3. Program ini hanya dibuat di cawangan D’Ayam Tua Kolombong & D’Ayam Tua Kiansom sahaja.

4. Barang boleh ditebus daripada pihak penganjur di alamat seperti di bawah:

   i. D’Ayam Tua Kolombong, Lot 43, Lorong Mangga 2, Kolombong/ Bdc Milek Perkasa Industrial Estate, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

  ii. D’Ayam Tua Kiansom, Lot 2 of NT 013110631, Kampung Tambilong Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

 

Lain-lain

1 Peserta digalakkan menebus barang daripada Penganjur pada hari yang sama peserta berjaya mendapatkan 15 pelekat  dalam tempoh program dijalankan kerana stok adalah terhad.

2. Peserta program mesti mematuhi terma & syarat pihak yang mengatur dan/atau menyediakan hadiah. Penganjur berhak untuk menarik balik hadiah sekiranya peserta tidak mematuhi Terma & Syarat.

3. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan dan/atau menggantung hadiah, tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana barang tebusan dengan barangan lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu. Semua barang tebusan dituntut dalam keadaan “sedia ada” dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit atau barangan lain atau baucar sama ada secara sebahagiannya atau sepenuhnya.

4. Keputusan Penganjur dalam semua perkara berkaitan program adalah mutakhir, muktamad dan mengikat. Tiada surat-menyurat akan dilayan. 

5. Penyertaan dalam program ini dan penerimaan barang penebusan menandakan Peserta memberikan kebenaran kepada Penganjur untuk menggunakan nama dan gambar Peserta untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang pampasan mahupun perlu memberikan notis kepada peserta terlebih dahulu.

6. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya barang hilang, rosak, cacat atau dicuri semasa dan selepas kutipan barang. Semua peserta bersetuju secara tidak bersyarat untuk menanggung liabiliti penuh dan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, ganti rugi, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) yang dialami akibat daripada penyertaan mereka dalam program ini, penebusan dan atau penggunaan barang.  

7. Dengan menyertai program ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat  dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad dan mengikat. Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada peserta dan peserta hendaklah terikat kepada perubahan sedemikian. 

8. Untuk pertanyaan lanjut mengenai Program, sila Hubungi Talian Khas 010-6624099 (8.00 Pagi – 12.00 tengah hari, 2.00 petang – 5.00 petang, Isnin hingga Sabtu atau kunjungi laman web www.ccare.com.my

 

Peraduan Hari Keluarga PapaMama 22′

Umum

1. Peraduan Gambar ini adalah anjuran Istana Ayam Tua/D’Ayam Tua (C-Care Enterprise Sdn Bhd).

2. Peraduan ini bermula pada hari 08 Mei 2022, Ahad sehingga  10 Jun 2022, Jumaat jam 2:00pm.

3. Peserta boleh menghantar seberapa banyak gambar dan hanya tiga (3) gambar terawal yang akan di ambil.

4. Peraduan ini tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dinyatakan dan pihak penganjur berhak untuk mengubah, menambah, atau mengubahsuai terma dan syarat pada dan ketika waktu yang dianggap bersesuaian tanpa memberikan notis awal.

5. Dengan menyertai peraduan ini, peserta mengaku telah membaca dan memahami terma dan syarat dan bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat peraduan.

6. Peserta juga seterusnya mengizinkan pihak penganjur untuk menggunakan dan memaparkan gambar dan nama peserta dalam apa jua kaedah untuk tujuan yang berkaitan dengan peraduan. Peserta tidak layak untuk menuntut sebarang hak proprietari yang bersesuaian dengannya.

Kelayakan

1. Peraduan ini terbuka kepada:

i) Individu yang berumur 16 tahun dan ke atas.

ii) Warganegara Malaysia yang memegang kad pengenalan/dokumen yang sah

2. Peraduan ini tidak terbuka kepada kakitangan pihak penganjur dan ahli keluarga terdekat mereka atau siapa-siapa sahaja yang terlibat dengan penganjuran dan pelaksanaan peraduan.

Cara Penyertaan

1. Peserta mestilah ‘Like & Follow’ Facebook Istana Ayam Tua bagi melayakkan diri untuk menyertai peraduan ini.

2. Peserta mesti bergambar dengan produk PapaMama.

3. Peserta ‘Message’ gambar ke Facebook Istana Ayam Tua sebelum  31 Mei 2022, Selasa, 2.00pm. Gambar yang diterima selepas waktu yang ditetapkan masih boleh diterima.

4. Peserta boleh ‘Share’ gambar masing-masing yang akan dimuat naik di dalam album.

5. Peserta boleh meminta ahli keluarga atau rakan untuk ‘Like/Wow/Love/Care’ gambar tersebut selepas album dimuatnaik sebelum 03 Jun 2022, Jumaat sehingga 15 Jun 2022,  Rabu.

Hadiah

1. Hadiah peraduan berupa;

Pertama: Hadiah bernilai RM200 : Baucar RM150 + Hamper RM50

Kedua: Hadiah bernilai RM120 : Baucar RM80 + Hamper RM40

Ketiga: Hadiah bernilai RM80 : Baucar RM50 + Hamper RM30

Keempat & Kelima: Hadiah bernilai RM50 :  Baucar RM30 + Hamper RM20

2. Seorang peserta hanya layak memenangi satu(1) hadiah saja.

3. Untuk menebus hadiah, pemenang hendaklah menghantar mesej ke laman Facebook Istana Ayam Tua dengan butiran berikut:

i)   Nama Penuh (seperti dalam kad pengenalan)

ii)  Nombor Telefon

iii) Nombor kad pengenalan

4. Semua hadiah mesti diambil daripada pihak penganjur dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas pengumuman pemenang dilakukan di alamat seperti di bawah:

   D’Ayam Tua Kolombong, Lot 43, Lorong Mangga 2, Kolombong/ Bdc Milek Perkasa Industrial Estate, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.        

5. Selain peruntukan hadiah, semua kos atau perbelanjaan apa pun yang berkaitan dengan peraduan dan penebusan hadiah adalah menjadi tanggungjawab penuh pemenang dan para peserta.

6. Hadiah tidak boleh ditukar dan ditebus dengan wang tunai atau barangan lain. Sekiranya pemenang memilih untuk tidak menerima hadiah atas alasan apa pun, tiada sebarang ganti rugi yang akan diberikan.

7. Walau bagaimanapun, pihak penganjur boleh pada bila-bila masa atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan hadiah dengan barang-barang lain yang bersamaan atau sama nilainya dengan atau tanpa sebarang syarat.

Pemilihan Pemenang

1. Seramai Lima (5) peserta akan dipilih sebagai pemenang. 

2. Peserta mesti ‘Like & Share’ Facebook Istana Ayam Tua.

3. Gambar yang mempunyai banyak bilangan ‘Like/Wow/Love/Care’ pada 10 Jun 2022, Selasa jam 02:00pm akan dikira sebagai pemenang.

4. Keputusan dan pemilihan pemenang peraduan adalah muktamad. Tiada rayuan melalui surat-menyurat dan sebarang percubaan untuk merayu, mengkaji, mempertikaikan keputusan tidak akan dilayan.

Lain-lain

1. Peserta bersetuju bahawa pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap peserta dan/atau mana-mana pihak dalam cara apa pun untuk sebarang bentuk liabiliti, kehilangan, tuntutan dan/atau kerosakan yang timbul berhubung dengan peraduan atau sebaliknya.

2. Pihak penganjur dengan ini menafikan dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kecederaan peribadi, keadaan kesihatan dan kerosakan harta yang timbul akibat daripada penerimaan hadiah dan pemenang mestilah melepaskan pihak pengajur daripada sebarang tuntutan.

3. Dalam keadaan peraduan ini tidak dapat ditadbirkan, ditinggalkan, dibatalkan dan/atau dihentikan atas sebab apa pun, pihak penganjur, tanpa tertakluk terhadap sebarang liabiliti dan atas kuasa mutlak, boleh untuk membatalkan, menamatkan, mengubah suai atau menggantung peraduan dan/atau membatalkan mana-mana penyertaan dalam peraduan ini tanpa memberi sebarang alasan dan tanpa notis kepada peserta.