Info Semasa

Perkongsian info, isu semasa & aktiviti terkini.

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Buy & Win: Mushroom & Suria 2023

Lucky!

Rebut peluang untuk dapatkan beg edisi terhad Mushroom & Suria!

Kelayakan

Buy & Win Contest Istana Ayam Tua ini terbuka kepada semua pelanggan yang bermastautin di  Sabah dan berusia 18 tahun dan ke atas kecuali kakitangan C-Care Enterprise Sdn Bhd (Penganjur).

Cara Penyertaan

1. Peraduan ini bermula pada  1 Disember 2023 (Jumaat) sehingga 15 Disember 2023 (Jumaat).

2. Peserta mesti membuat pembelian produk jenama Mushroom atau Suria sekurang-kurangnya RM20 dan ke atas dalam satu resit tunggal

4. Peserta mesti gambar dan menghantar resit pembelian melalui  online form yang disediakan.

5. Peserta mesti mengisi borang penyertaan dengan lengkap.

6. Semua pendaftaran/perbelanjaan yang dibuat selepas tarikh tutup penyertaan tidak akan diambil kira.

7. Pemenang akan dipilih melalui lucky draw  dan pemenang yang terpilih akan diumumkan melalui laman Facebook dan juga akan dimaklumkan melalui nombor telefon yang telah diberikan. 

8. Hadiah boleh diambil daripada pihak penganjur di alamat seperti di bawah:

D’Ayam Tua Kolombong, Lot 43, Lorong Mangga 2, Kolombong/ BDC Milek Perkasa Industrial Estate, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

9. Peserta boleh menghantar melebihi 1 penyertaan, tetapi setiap peserta hanya layak untuk memenangi hadiah sebanyak sekali (1) sahaja.

10. Sekiranya pemenang tidak menjawab panggilan atau tidak dapat dihubungi oleh pihak penganjur untuk menuntut hadiah dalam masa 3 hari selepas pengumuman pemenang dibuat, pihak penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang tersebut.

11. Peserta mesti menuntut hadiah dalam masa empat belas (14) hari selepas pengumuman pemenang telah diumumkan.

12. Selain peruntukan hadiah, semua kos atau perbelanjaan apa pun yang berkaitan dengan peraduan dan penebusan hadiah adalah menjadi tanggungjawab penuh pemenang dan para peserta.

13. Hadiah tidak boleh ditukar dan ditebus dengan wang tunai atau barangan lain. Sekiranya pemenang memilih untuk tidak menerima hadiah atas alasan apa pun, tiada sebarang ganti rugi yang akan diberikan.

Hadiah

👜 Jute Bag Mushroom & Suria x5

Lain-lain

1. Peserta Peraduan mesti mematuhi terma & syarat pihak yang mengatur dan/atau menyediakan hadiah. Penganjur berhak untuk menarik balik hadiah sekiranya peserta tidak mematuhi Terma & Syarat.

2. Sebarang penuntutan yang tidak membekalkan dokumen/bukti penuntutan yang sahih tidak akan dilayan.

3. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan dan/atau menggantung hadiah, tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu. Semua hadiah dituntut dalam keadaan “sedia ada” dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit atau barangan lain atau baucar sama ada secara sebahagiannya atau sepenuhnya.

4. Keputusan Penganjur dalam semua perkara berkaitan Peraduan adalah mutakhir, muktamad dan mengikat. Tiada surat-menyurat akan dilayan. 

5. Penyertaan dalam program ini dan penerimaan sebarang hadiah menandakan Peserta memberikan kebenaran kepada Penganjur untuk menggunakan nama dan gambar Peserta untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang pampasan mahupun perlu memberikan notis kepada peserta terlebih dahulu.

6. Visual bagi hadiah yang dipaparkan menerusi bahan promosi Peraduan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Hadiah sebenar mungkin berbeza. Hadiah tidak boleh dipinda milik. Nilai hadiah adalah betul pada masa percetakan.

7. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya hadiah hilang, rosak, cacat atau dicuri semasa dan selepas kutipan hadiah. Semua peserta bersetuju secara tidak bersyarat untuk menanggung liabiliti penuh dan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, ganti rugi, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) yang dialami akibat daripada penyertaan mereka dalam program ini, penebusan dan atau penggunaan hadiah.  

8.Dengan menyertai Peraduan ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat  dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad dan mengikat. Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada peserta dan peserta hendaklah terikat kepada perubahan sedemikian. 

9. Untuk pertanyaan lanjut mengenai Peraduan, sila Hubungi Talian Khas 010-6624099 (8.00 Pagi – 12.00 tengah hari, 2.00 petang – 5.00 petang, Isnin hingga Sabtu atau kunjungi laman web www.ccare.com.my