Super Member #1 2023

Daftarlah jadi member Istana Ayam Tua!

Belanja besar & Menang besar dengan kami!

Kelayakan

Program ini terbuka kepada:

1. Semua pelanggan yang memiliki Kad Member Istana Ayam Tua / D’Ayam Tua dan berusia 16 tahun dan ke atas kecuali kakitangan C-Care Enterprise Sdn Bhd (Penganjur), serta anggota keluarga terdekat masing-masing.

2. Berbelanja dalam tempoh masa 1 Mei hingga 31 Ogos 2023 untuk memenangi hadiah utama Super Member 2023 #1.

Cara Penyertaan

1. Pelanggan yang memiliki kad Member yang aktif secara langsung telah menyertai Peraduan Super Member 2023 #1.

2. Peserta yang perbelanjaan tertinggi dalam tempoh masa yang ditetapkan akan dinobatkan sebagai Super Member 2023 #1 dengan membawa balik hadiah yang menarik! (01 Mei – 31 Ogos)

3. Peraduan ini dijalankan di semua cawangan Istana Ayam Tua / D’Ayam Tua.

4. Pihak penganjur akan menghubungi pemenang Super Member 2023 #1 pada bulan seterusnya setelah tamat tempoh peraduan.

5. Hadiah boleh dituntut daripada pihak penganjur di alamat seperti di bawah:

D’Ayam Tua Kolombong, Lot 43, Lorong Mangga 2, Kolombong/ Bdc Milek Perkasa Industrial Estate, 88450 Kota Kinabalu, Sabah. 

Hadiah

🥇Hadiah Pertama : 2 Door Fridge 440L

🥈Hadiah Ke-2 : Hisense Load Washer 8.5kg 

🥉Hadiah Ke-3 : Khind Chest Freezer 208L

🏅Hadiah Ke-4 : Bicycle – Horse Urata (with Gear)

🏅Hadiah Ke-5 : Pensonic Electric Oven 35L

🏅Hadiah Ke 6 – 10 : Tefal Frying Pan + Voucher Rm50

Lain-lain

1. Pemenang boleh menuntut hadiah daripada penganjur selepas 5 hari penganjur menghubungi pemenang.

2. Tempoh tuntutan hadiah adalah sepuluh [10] hari dari tarikh pengumuman senarai pemenang. Hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.

3. Sebarang penuntutan yang tidak membekalkan dokumen/bukti penuntutan yang sahih tidak akan dilayan.

4. Peserta program mesti mematuhi terma & syarat pihak yang mengatur dan/atau menyediakan hadiah. Penganjur berhak untuk menarik balik hadiah sekiranya peserta tidak mematuhi Terma & Syarat.

5. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan dan/atau menggantung hadiah, tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu. Semua hadiah dituntut dalam keadaan “sedia ada” dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit atau barangan lain atau baucar sama ada secara sebahagiannya atau sepenuhnya.

6. Keputusan Penganjur dalam semua perkara berkaitan program adalah mutakhir, muktamad dan mengikat. Tiada surat-menyurat akan dilayan. 

7. Penyertaan dalam program ini dan penerimaan sebarang hadiah menandakan peserta memberikan kebenaran kepada Penganjur untuk menggunakan nama dan gambar Peserta untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang pampasan mahupun perlu memberikan notis kepada peserta terlebih dahulu.

8. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya hadiah hilang, rosak, cacat atau dicuri semasa dan selepas kutipan hadiah. Semua peserta bersetuju secara tidak bersyarat untuk menanggung liabiliti penuh dan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, ganti rugi, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) yang dialami akibat daripada penyertaan mereka dalam program ini, penebusan dan atau penggunaan hadiah. 

9. Dengan menyertai program ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat  dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad dan mengikat. Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada peserta dan peserta hendaklah terikat kepada perubahan sedemikian.

10. Untuk pertanyaan lanjut mengenai Program, sila Hubungi Talian Khas 010-6624099 (8.00 Pagi – 12.00 tengah hari, 2.00 petang – 5.00 petang, Isnin hingga Jumaat dan 8.00 pagi – 12 tengah hari Sabtu atau kunjungi laman sesawang www.ccare.com.my.

 

Glamour Raya 2023

Poster Glamour Raya 2023
Poster Glamour Raya 2023

Jom glamour-kan Hari Raya ini dengan Selfie/Wefie anda & berpeluang untuk menang hadiah-hadiah yang menarik!

 Penyertaan PERCUMA & sangat-sangat senang ya gais!

Cara Penyertaan

1. Gambar Selfie / Wefie raya anda bersama keluarga. 👪

 2. Post gambar anda di ruangan comment post Facebook peraduan Glamour Raya.📲

 3. Gambar Selfie / Wefie dikehendaki post dari tarikh 21 april hingga 7 mei 2023 (jam 11.59pm).🏃‍♀️🏃‍♂️

 4. Pihak penganjur akan menghubungi pemenang Glamour Raya 3 hari selepas tamat peraduan.📞

 5. Hadiah boleh dituntut daripada pihak penganjur di alamat seperti di bawah:

D’Ayam Tua Kolombong, Lot 43, Lorong Mangga 2, Kolombong/ Bdc Milek Perkasa Industrial Estate, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

 

Hadiah

🏆 KATEGORI 1 : Gambar kegemaran pilihan juri x 3

• Hadiah bernilai RM60.00

🏆 KATEGORI 2 : Cabutan bertuah x 12

• Goodies bag bernilai Rm30.00

Lain-lain

1. Peraduan Glamour Raya ini terbuka kepada semua followers Istana Ayam Tua yang bermastautin di Sabah berusia 16 tahun dan ke atas yang memiliki dokumen pengenalan yang sah.🐔

2. Gambar selfie/wefie tidak boleh memakai mask. Sedekah senyuman manis anda!😍

3. Tempoh tuntutan hadiah adalah sepuluh [10] hari dari tarikh pengumuman senarai pemenang. Hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.

4. Sebarang penuntutan yang tidak membekalkan dokumen/bukti penuntutan yang sahih tidak akan dilayan.(IC/Passport)

 5. Peserta program mesti mematuhi terma & syarat pihak yang mengatur dan/atau menyediakan hadiah. Penganjur berhak untuk menarik balik hadiah sekiranya peserta tidak mematuhi Terma & Syarat.

6. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan dan/atau menggantung hadiah, tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu. Semua hadiah dituntut dalam keadaan “sedia ada” dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit atau barangan lain atau baucar sama ada secara sebahagiannya atau sepenuhnya.

7. Keputusan Penganjur dalam semua perkara berkaitan program adalah mutakhir, muktamad dan mengikat. Tiada surat-menyurat akan dilayan. 

8. Penyertaan dalam program ini dan penerimaan sebarang hadiah menandakan peserta memberikan kebenaran kepada Penganjur untuk menggunakan nama dan gambar Peserta untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang pampasan mahupun perlu memberikan notis kepada peserta terlebih dahulu.

9. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya hadiah hilang, rosak, cacat atau dicuri semasa dan selepas kutipan hadiah. Semua peserta bersetuju secara tidak bersyarat untuk menanggung liabiliti penuh dan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, ganti rugi, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) yang dialami akibat daripada penyertaan mereka dalam program ini, penebusan dan atau penggunaan hadiah.  

10. Dengan menyertai program ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat  dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad dan mengikat. Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada peserta dan peserta hendaklah terikat kepada perubahan sedemikian. 

11. Untuk pertanyaan lanjut mengenai Program, sila Hubungi Talian Khas 010-6624099 (8.00 Pagi – 12.00 tengah hari, 2.00 petang – 5.00 petang, Isnin hingga Jumaat dan 8.00 pagi – 12 tengah hari Sabtu atau kunjungi laman web www.ccare.com.my

Peraduan Reka Slogan Brand PapaMama

Umum

  1. Peraduan Mencipta Slogan ini adalah anjuran C-Care Enterprise Sdn Bhd (Istana Ayam Tua & D’Ayam Tua).
  2. Peraduan ini bermula pada 20 Oktober 2022, Khamis sehingga  03 November 2022, Khamis.
  3. Peraduan ini tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dinyatakan dan pihak penganjur berhak untuk mengubah, menambah, atau mengubahsuai terma dan syarat pada dan ketika waktu yang dianggap bersesuaian tanpa memberikan notis awal.
  4. Dengan menyertai peraduan ini, peserta mengaku telah membaca dan memahami terma dan syarat dan bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat peraduan.
  5. Peserta juga seterusnya mengizinkan pihak penganjur untuk menggunakan dan memaparkan gambar dan nama peserta dalam apa jua kaedah untuk tujuan yang berkaitan dengan peraduan.
  6. Slogan-slogan yang menang akan menjadi antara slogan pilihan untuk menjadi slogan produk PapaMama.
  7. Peserta juga seterusnya setuju untuk mengizinkan pihak syarikat  menggunakan dan mematerikan slogan menjadi hak milik  syarikat. Peserta tidak layak  untuk menuntut sebarang hak proprietari yang bersesuaian dengannya. 

Kelayakan

1. Peraduan ini hanya terbuka kepada:

i) Semua Staf C-Care Enterprise Sdn. Bhd. 

Syarat Penyertaan

 

1. Peserta hanya boleh menghantar tiga(3) slogan PapaMama.

2. Slogan mestilah dalam Bahasa Malaysia.

3. Slogan tidak melebihi 8 patah perkataan.

 

Hadiah

1. Hadiah peraduan berupa:

i). Hadiah bernilai RM300  x 1 Pemenang Utama

ii). Hadiah bernilai RM50  x 3 Pemenang

  1. Seorang peserta hanya layak untuk memenangi satu(1)  hadiah saja.
  2. Hadiah tidak boleh ditukar dan ditebus dengan wang tunai atau barangan lain. Sekiranya pemenang memilih untuk tidak menerima hadiah atas alasan apa pun, tiada sebarang ganti rugi yang akan diberikan.
  3. Walau bagaimanapun, pihak penganjur boleh pada bila-bila masa atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan hadiah dengan barang-barang lain yang bersamaan atau sama nilainya dengan atau tanpa sebarang syarat.

Lain-lain

  1. Peserta bersetuju bahawa pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap peserta dan/atau mana-mana pihak dalam cara apa pun untuk sebarang bentuk liabiliti, kehilangan, tuntutan dan/atau kerosakan yang timbul berhubung dengan peraduan atau sebaliknya.
  2. Pihak penganjur dengan ini menafikan dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kecederaan peribadi, keadaan kesihatan dan kerosakan harta yang timbul akibat daripada penerimaan hadiah dan pemenang mestilah melepaskan pihak pengajur daripada sebarang tuntutan.
  3. Dalam keadaan peraduan ini tidak dapat ditadbirkan, ditinggalkan, dibatalkan dan/atau dihentikan atas sebab apa pun, pihak penganjur, tanpa tertakluk terhadap sebarang liabiliti dan atas kuasa mutlak, boleh untuk membatalkan, menamatkan, mengubah suai atau menggantung peraduan dan/atau membatalkan mana-mana penyertaan dalam peraduan ini tanpa memberi sebarang alasan dan tanpa notis kepada peserta.
  4. Peserta yang telah tamat perkhidmatan di C-Care Enterprise Sdn.Bhd. sebelum tarikh penyerahan hadiah akan dibatalkan dengan serta-merta.

Peraduan Pantun, Tag & Menang 2022

Umum

1. Pantun Anak Merdeka adalah dianjurkan oleh D’Ayam Tua/Istana Ayam Tua(C-Care Sdn Bhd Enterprise).

2. Pertandingan ini bermula pada 24/08/2022 jam 12 pm sehingga 30/08/2022 jam 11:59 malam.

3. Peserta boleh hantar seberapa banyak pantun tetapi setiap peserta hanya layak untuk menang sekali sahaja.

4. Pertandingan ini tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dinyatakan dan pihak penganjur berhak untuk mengubah, menambah, dan/atau mengubahsuai terma dan syarat pada dan ketika yang dianggap bersesuaian tanpa memberikan notis awal.

5. Dengan mengikuti pertandingan ini, peserta mengaku telah membaca dan memahami terma dan syarat dan bersetuju dengan terma dan syarat Pertandingan.

6. Peserta juga seterusnya mengizinkan pihak penganjur untuk mengguna dan memaparkan gambar dan nama peserta dalam apa jua kaedah untuk tujuan yang berkaitan dengan Pertandingan. Peserta tidak layak untuk menuntut sebarang hak proprietari yang bersesuaian dengannya.

7. 6 pemenang akan dipilih sebagai pemenang, 5 orang pemenang untuk kategori 8(a) dan 1 orang pemenang untuk kategori 8(b).

8. Kategori Pemilihan Pemenang:

a) Cabutan Bertuah :  Baucar Tunai bernilai RM50 x 5 Pemenang

b) Likes/Reaction pada komen (pantun) yang paling banyak : Hadiah Misteri x 1 Pemenang

 

Kelayakan

Pertandingan ini terbuka kepada:

1. Bagi para individu yang telah like page FB Istana Ayam Tua.

2. Semua individu berumur 17 tahun dan ke atas.

3. Warganegara Malaysia yang memegang dokumen yang sah.

4. Peraduan ini tidak terbuka kepada kakitangan pihak penganjur dan ahli keluarga terdekat mereka atau siapa-siapa sahaja yang terlibat dengan penganjuran dan pelaksanaan peraduan.

Cara Penyertaan

1. Peserta perlu like page Istana Ayam Tua, like & share post Pantun Anak Merdeka untuk menyertai pertandingan.

2. Peserta perlu reka 1 pantun 2 kerat dan Tag 3 rakan pada ruangan komen post Pantun Anak Merdeka.

3. Pantun 2 kerat dalam Bahasa Malaysia sahaja yang layak dikemukakan untuk menyertai peraduan ini.

4. Pantun yang dihantar mesti ada unsur patriotik, cinta terhadap Malaysia.

5. Pantun yang dihantar tidak boleh ada isu politik, sindiran, isu sensitif, unsur tidak senonoh atau sebarang perkataan cacian/makian.

6. Pantun yang tidak memenuhi syarat C.4-5 secara automatik akan dipadamkan dan penyertaan akan dibatalkan serta merta

7. Contoh pantun 2 kerat:

“Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu,

Tinggi lagi sayang sama negaraku!”

Morgan Lockman  Brad Corner  Christ Prett

8. Peserta perlu memenuhi kriteria penyertaan serta terma dan syarat C(1-6) untuk dikira sebagai pemenang.

9. Keputusan para pemenang akan diumumkan sebelum 5 September 2022.

10. Para pemenang mesti menuntut hadiah dalam tempoh 14 hari selepas keputusan telah diumumkan.

11. Semua hadiah hanya boleh diambil daripada pihak penganjur di alamat tertera di bawah:

D’Ayam Tua Kolombong, Lot 43, Lorong Mangga 2, Kolombong/ Bdc Milek Perkasa Industrial Estate, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Hadiah

1. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan dan/atau menggantung hadiah, tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu. Semua hadiah dituntut dalam keadaan “sedia ada” dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit atau barangan lain atau baucar sama ada secara sebahagiannya atau sepenuhnya.

2. Sekiranya peserta tidak dapat hadir untuk menuntut barangan dan memerlukan wakil untuk penuntutan. Peserta wajib memaklumkan maklumat dokumen sah wakil peserta kepada pihak penganjur sekurang-kurangnya 3 hari sebelum penuntutan. 

3. Sebarang penuntutan yang tidak membekalkan dokumen/bukti penuntutan yang sahih tidak akan dilayan.

4. Keputusan dan permohonan para peserta adalah muktamad. Sebarang percubaan untuk merayu, mengkaji, mempertikaikan keputusan tidak akan dilayan.

5. Peserta bersetuju bahawa pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap peserta dan/atau mana-mana pihak dalam cara apa pun untuk sebarang bentuk liabiliti, kehilangan, tuntutan dan/atau kerosakan yang timbul berhubung dengan pertandingan atau sebaliknya.

6. Pihak penganjur dengan ini menafikan dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kecederaan peribadi, keadaan kesihatan dan kerosakan harta yang timbul akibat daripada penuntutan barang.

7. Dalam keadaan pertandingan ini tidak dapat ditadbirkan, ditinggalkan, dibatalkan dan/atau dihentikan atas sebab apa pun, pihak penganjur, tanpa tertakluk kepada sebarang liabiliti dan atas kuasa mutlak, boleh untuk membatalkan, menamatkan, mengubah suai atau menggantung pertandingan dan/atau membatalkan mana-mana penyertaan dalam Pertandingan ini tanpa memberi sebarang alasan dan tanpa notis kepada Peserta.

Pemilihan Pemenang

1. Seramai Lima (5) peserta akan dipilih sebagai pemenang. 

2. Peserta mesti ‘Like & Share’ Facebook Istana Ayam Tua.

3. Gambar yang mempunyai banyak bilangan ‘Like/Wow/Love/Care’ pada 10 Jun 2022, Selasa jam 02:00pm akan dikira sebagai pemenang.

4. Keputusan dan pemilihan pemenang peraduan adalah muktamad. Tiada rayuan melalui surat-menyurat dan sebarang percubaan untuk merayu, mengkaji, mempertikaikan keputusan tidak akan dilayan.

Lain-lain

1. Peserta bersetuju bahawa pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap peserta dan/atau mana-mana pihak dalam cara apa pun untuk sebarang bentuk liabiliti, kehilangan, tuntutan dan/atau kerosakan yang timbul berhubung dengan peraduan atau sebaliknya.

2. Pihak penganjur dengan ini menafikan dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kecederaan peribadi, keadaan kesihatan dan kerosakan harta yang timbul akibat daripada penerimaan hadiah dan pemenang mestilah melepaskan pihak pengajur daripada sebarang tuntutan.

3. Dalam keadaan peraduan ini tidak dapat ditadbirkan, ditinggalkan, dibatalkan dan/atau dihentikan atas sebab apa pun, pihak penganjur, tanpa tertakluk terhadap sebarang liabiliti dan atas kuasa mutlak, boleh untuk membatalkan, menamatkan, mengubah suai atau menggantung peraduan dan/atau membatalkan mana-mana penyertaan dalam peraduan ini tanpa memberi sebarang alasan dan tanpa notis kepada peserta.

Peraduan Hari Keluarga PapaMama 22′

Umum

1. Peraduan Gambar ini adalah anjuran Istana Ayam Tua/D’Ayam Tua (C-Care Enterprise Sdn Bhd).

2. Peraduan ini bermula pada hari 08 Mei 2022, Ahad sehingga  10 Jun 2022, Jumaat jam 2:00pm.

3. Peserta boleh menghantar seberapa banyak gambar dan hanya tiga (3) gambar terawal yang akan di ambil.

4. Peraduan ini tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dinyatakan dan pihak penganjur berhak untuk mengubah, menambah, atau mengubahsuai terma dan syarat pada dan ketika waktu yang dianggap bersesuaian tanpa memberikan notis awal.

5. Dengan menyertai peraduan ini, peserta mengaku telah membaca dan memahami terma dan syarat dan bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat peraduan.

6. Peserta juga seterusnya mengizinkan pihak penganjur untuk menggunakan dan memaparkan gambar dan nama peserta dalam apa jua kaedah untuk tujuan yang berkaitan dengan peraduan. Peserta tidak layak untuk menuntut sebarang hak proprietari yang bersesuaian dengannya.

Kelayakan

1. Peraduan ini terbuka kepada:

i) Individu yang berumur 16 tahun dan ke atas.

ii) Warganegara Malaysia yang memegang kad pengenalan/dokumen yang sah

2. Peraduan ini tidak terbuka kepada kakitangan pihak penganjur dan ahli keluarga terdekat mereka atau siapa-siapa sahaja yang terlibat dengan penganjuran dan pelaksanaan peraduan.

Cara Penyertaan

1. Peserta mestilah ‘Like & Follow’ Facebook Istana Ayam Tua bagi melayakkan diri untuk menyertai peraduan ini.

2. Peserta mesti bergambar dengan produk PapaMama.

3. Peserta ‘Message’ gambar ke Facebook Istana Ayam Tua sebelum  31 Mei 2022, Selasa, 2.00pm. Gambar yang diterima selepas waktu yang ditetapkan masih boleh diterima.

4. Peserta boleh ‘Share’ gambar masing-masing yang akan dimuat naik di dalam album.

5. Peserta boleh meminta ahli keluarga atau rakan untuk ‘Like/Wow/Love/Care’ gambar tersebut selepas album dimuatnaik sebelum 03 Jun 2022, Jumaat sehingga 15 Jun 2022,  Rabu.

Hadiah

1. Hadiah peraduan berupa;

Pertama: Hadiah bernilai RM200 : Baucar RM150 + Hamper RM50

Kedua: Hadiah bernilai RM120 : Baucar RM80 + Hamper RM40

Ketiga: Hadiah bernilai RM80 : Baucar RM50 + Hamper RM30

Keempat & Kelima: Hadiah bernilai RM50 :  Baucar RM30 + Hamper RM20

2. Seorang peserta hanya layak memenangi satu(1) hadiah saja.

3. Untuk menebus hadiah, pemenang hendaklah menghantar mesej ke laman Facebook Istana Ayam Tua dengan butiran berikut:

i)   Nama Penuh (seperti dalam kad pengenalan)

ii)  Nombor Telefon

iii) Nombor kad pengenalan

4. Semua hadiah mesti diambil daripada pihak penganjur dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas pengumuman pemenang dilakukan di alamat seperti di bawah:

   D’Ayam Tua Kolombong, Lot 43, Lorong Mangga 2, Kolombong/ Bdc Milek Perkasa Industrial Estate, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.        

5. Selain peruntukan hadiah, semua kos atau perbelanjaan apa pun yang berkaitan dengan peraduan dan penebusan hadiah adalah menjadi tanggungjawab penuh pemenang dan para peserta.

6. Hadiah tidak boleh ditukar dan ditebus dengan wang tunai atau barangan lain. Sekiranya pemenang memilih untuk tidak menerima hadiah atas alasan apa pun, tiada sebarang ganti rugi yang akan diberikan.

7. Walau bagaimanapun, pihak penganjur boleh pada bila-bila masa atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan hadiah dengan barang-barang lain yang bersamaan atau sama nilainya dengan atau tanpa sebarang syarat.

Pemilihan Pemenang

1. Seramai Lima (5) peserta akan dipilih sebagai pemenang. 

2. Peserta mesti ‘Like & Share’ Facebook Istana Ayam Tua.

3. Gambar yang mempunyai banyak bilangan ‘Like/Wow/Love/Care’ pada 10 Jun 2022, Selasa jam 02:00pm akan dikira sebagai pemenang.

4. Keputusan dan pemilihan pemenang peraduan adalah muktamad. Tiada rayuan melalui surat-menyurat dan sebarang percubaan untuk merayu, mengkaji, mempertikaikan keputusan tidak akan dilayan.

Lain-lain

1. Peserta bersetuju bahawa pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap peserta dan/atau mana-mana pihak dalam cara apa pun untuk sebarang bentuk liabiliti, kehilangan, tuntutan dan/atau kerosakan yang timbul berhubung dengan peraduan atau sebaliknya.

2. Pihak penganjur dengan ini menafikan dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kecederaan peribadi, keadaan kesihatan dan kerosakan harta yang timbul akibat daripada penerimaan hadiah dan pemenang mestilah melepaskan pihak pengajur daripada sebarang tuntutan.

3. Dalam keadaan peraduan ini tidak dapat ditadbirkan, ditinggalkan, dibatalkan dan/atau dihentikan atas sebab apa pun, pihak penganjur, tanpa tertakluk terhadap sebarang liabiliti dan atas kuasa mutlak, boleh untuk membatalkan, menamatkan, mengubah suai atau menggantung peraduan dan/atau membatalkan mana-mana penyertaan dalam peraduan ini tanpa memberi sebarang alasan dan tanpa notis kepada peserta.