Info Semasa

Perkongsian info, isu semasa & aktiviti terkini.

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Kumpul & Tebus 2026

Set Pisau PapaMama

CARA PENYERTAAN

1. Program Kumpul dan Tebus ini terbuka kepada semua pelanggan yang bermastautin di Sabah yang berusia 18 tahun dan ke atas yang memiliki Kad Member Istana Ayam Tua kecuali kakitangan C-Care Enterprise Sdn Bhd (Penganjur), serta anggota keluarga terdekat masing-masing.

2. Setiap pembelian RM80 dan ke atas dalam satu resit pembelian di semua cawangan Istana Ayam Tua dan D’Ayam Tua akan melayakkan anda untuk menyertai Peraduan Kumpul & Tebus dan akan menerima 1 Kad berserta 1 pelekat Istana Ayam Tua.

3. Peserta perlu menggunakan kad penebusan yang sama untuk mengumpul 20 pelekat dalam tempoh masa yang ditetapkan dan akan berpeluang menebus 1 Set Pisau Papamama secara PERCUMA. (Selagi stok masih ada)

4. Program ini bermula dari 15/01/2026 dan berakhir pada 28/02/2026 (Tempoh Program) selagi stok masih ada. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan pada bila-bila masa dalam tempoh program tanpa memberikan notis terlebih dahulu.

5. Pelanggan yang memiliki kad ahli hanya dibenarkan menebus Set pisau PapaMama sekali (1) sahaja sepanjang program berlangsung.

TERMA & SYARAT

1. Pelanggan yang memiliki kad Member layak mendapat 1 keping pelekat sahaja sehari dengan setiap pembelian RM80 dan ke atas dalam satu resit, daripada juruwang atau kakitangan yang bertugas. 
2. Setiap Member yang berjaya mengumpul 20 pelekat dan lengkapkan dalam kad penebusan yang sama dalam tempoh yang diberikan hanya dibenarkan menebus 1 unit PapaMama Kitchen Knife Set sahaja secara PERCUMA.
3. Program ini dilaksanakan di semua cawangan Istana Ayam Tua & D’Ayam Tua.
4. Penebusan adalah terhad kepada satu (1) kad ahli bagi setiap pelanggan.
5. Kakitangan C-Care Enterprise Sdn. Bhd. (Penganjur) serta ahli keluarga terdekat masing-masing tidak layak untuk menyertai program ini.
6. Penebusan item boleh diambil daripada pihak penganjur di alamat seperti di bawah (Selagi stok masih ada):

a) D’Ayam Tua Kolombong, Lot 43, Lorong Mangga 2, Kolombong/ Bdc Milek Perkasa Industrial Estate, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.                                                                                                                                                                                                                      
b) D’Ayam Tua Kiansom, Lot 2 of NT 013110631, Kampung Tambilong Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
c) D’ Ayam Tua Sulaman, No H-0-1 Lot 69 Block H Ground Floor Phase 1 Sulaman Sentral Jalan Sulaman 88450 Kota Kinabalu, Sabah.
d) D’ Ayam Tua Tanjung Aru, No 1 & 2 Ground Floor Jalan Pinang Tanjung Aru 88100 Kota Kinabalu Sabah.
e) Istana Ayam Tua Putatan, Lot 10 Ground Floor First Floor Block F Putatan Platinium Plaza 88200 Puatatan.
f) Istana Ayam Tua Tuaran Tg. Point, Kg Tanjung Torung Jalan Labuaya 89208 Tuaran Sabah.
g) Istana Ayam Tua Bakut, LOT 1-5, 6 UNIT STOREY TEMPORARY SINGLE STOREY OPEN SHED/CANTEEN, KG. MELALIN TUARAN, 89200, SABAH
h) Istana Ayam Tua Tuaran, Lot 5 Block A & Lot 6&7 Block B Kedai Sedco 89208 Tuaran.
i) Istana Ayam Tua Telipok Ria, Lot 43-48 Wisma Telipok Ria Phase 2 Telipok 89200 Tuaran.

7. Peserta digalakkan menuntut item daripada Penganjur pada hari yang sama peserta berjaya mendapatkan 20 pelekat  dalam tempoh program dijalankan kerana stok adalah terhad. Terhad 1000 unit untuk para penebus terawal sahaja.
8. Peserta program mesti mematuhi terma & syarat pihak yang mengatur dan/atau menyediakan penebusan item. Penganjur berhak untuk menarik balik penebusan item sekiranya peserta tidak mematuhi Terma & Syarat.
9. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan dan/atau menggantung penebusan item, tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana item dengan barangan lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu. Semua item dituntut dalam keadaan “sedia ada” dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit atau barangan lain atau baucar sama ada secara sebahagiannya atau sepenuhnya.
10. Keputusan Penganjur dalam semua perkara berkaitan program adalah mutakhir, muktamad dan mengikat. Tiada surat-menyurat akan dilayan. 
11. Penyertaan dalam program ini dan penerimaan sebarang item menandakan Peserta memberikan kebenaran kepada Penganjur untuk menggunakan nama dan gambar Peserta untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang pampasan mahupun perlu memberikan notis kepada peserta terlebih dahulu.
12. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya item hilang, rosak, cacat atau dicuri semasa dan selepas kutipan item. Semua peserta bersetuju secara tidak bersyarat untuk menanggung liabiliti penuh dan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, ganti rugi, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) yang dialami akibat daripada penyertaan mereka dalam program ini, penebusan dan atau penggunaan item.  
13. Dengan menyertai program ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat  dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad dan mengikat. Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada peserta dan peserta hendaklah terikat kepada perubahan sedemikian. 
14. Untuk pertanyaan lanjut mengenai Program, sila Hubungi Talian Khas 010-6624099 (8.00 Pagi – 12.00 tengah hari, 2.00 petang – 5.00 petang, Isnin hingga Sabtu atau kunjungi laman web www.ccare.com.my