HADIAH
Kategori Cabutan Bertuah
🏆 Midea Refrigerator 280L x1
🥇 Toshiba Microwave 25L x1
🥈 Pensonic Glass Top Stove x1
🥉 Wok & Knife Set x1
🎁 Salad Spinner x30
CARA PENYERTAAN
1. Peraduan ini bermula pada 5 November 2025 (Rabu) sehingga 30 November 2025 (Ahad)
2. Peraduan ini terbuka kepada semua ahli Istana Ayam Tua.
3. Peserta yang membuat pembelian RM80 & ke atas dalam 1 resit layak untuk menyertai peraduan ini.
4. Peserta mesti mengisi info yang lengkap pada bahagian resit.
TERMA & SYARAT
1. Semua pendaftaran/perbelanjaan yang dibuat selepas tarikh tutup penyertaan tidak akan diambil kira.
2. Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah dan pemenang yang terpilih akan diumumkan melalui laman Facebook, Tiktok dan juga akan dimaklumkan melalui nombor telefon yang telah diberikan.
3. Hadiah boleh diambil daripada pihak penganjur di alamat seperti di bawah:
D’Ayam Tua Kolombong, Lot 43, Lorong Mangga 2, Kolombong/ BDC Milek Perkasa Industrial Estate, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.
4. Peserta boleh menghantar beberapa penyertaan, tetapi peserta hanya layak untuk memenangi hadiah sebanyak sekali (1) sahaja.
5. Sekiranya pemenang tidak menjawab panggilan atau tidak dapat dihubungi oleh pihak penganjur untuk menuntut hadiah dalam masa 3 hari selepas pengumuman pemenang dibuat, pihak penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang tersebut.
6. Peserta mesti menuntut hadiah dalam masa empat belas (14) hari selepas pengumuman pemenang telah diumumkan.
7. Selain peruntukan hadiah, semua kos atau perbelanjaan apa pun yang berkaitan dengan peraduan dan penebusan hadiah adalah menjadi tanggungjawab penuh pemenang dan para peserta.
8. Hadiah tidak boleh ditukar dan ditebus dengan wang tunai atau barangan lain. Sekiranya pemenang memilih untuk tidak menerima hadiah atas alasan apa pun, tiada sebarang ganti rugi yang akan diberikan.
9. Buy & Win Contest Istana Ayam Tua ini terbuka kepada semua pelanggan yang bermastautin di Sabah dan berusia 18 tahun dan ke atas kecuali kakitangan C-Care Enterprise Sdn Bhd (Istana Ayam Tua & D’Ayam Tua).
10. Peserta Peraduan mesti mematuhi terma & syarat pihak yang mengatur dan/atau menyediakan hadiah. Penganjur berhak untuk menarik balik hadiah sekiranya peserta tidak mematuhi Terma & Syarat.
11. Sebarang penuntutan yang tidak membekalkan dokumen/bukti penuntutan yang sahih tidak akan dilayan.
12. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan dan /atau menggantung hadiah, tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu. Semua hadiah dituntut dalam keadaan “sedia ada” dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit atau barangan lain atau baucar sama ada secara sebahagiannya atau sepenuhnya.
13. Keputusan Penganjur dalam semua perkara berkaitan Peraduan adalah mutakhir, muktamad dan mengikat. Tiada surat-menyurat akan dilayan.
14. Penyertaan dalam program ini dan penerimaan sebarang hadiah menandakan Peserta memberikan kebenaran kepada Penganjur untuk menggunakan nama dan gambar Peserta untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang pampasan mahupun perlu memberikan notis kepada peserta terlebih dahulu.
15. Visual bagi hadiah yang dipaparkan menerusi bahan promosi Peraduan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Hadiah sebenar mungkin berbeza. Hadiah tidak boleh dipinda milik. Nilai hadiah adalah betul pada masa percetakan.
16. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya hadiah hilang, rosak, cacat atau dicuri semasa dan selepas kutipan hadiah. Semua peserta bersetuju secara tidak bersyarat untuk menanggung liabiliti penuh dan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, ganti rugi, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) yang dialami akibat daripada penyertaan mereka dalam program ini, penebusan dan atau penggunaan hadiah.
17. Dengan menyertai peraduan ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad dan mengikat. Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada peserta dan peserta hendaklah terikat kepada perubahan sedemikian.
18. Pemenang akan dihubungi berdasarkan nombor telefon yang didaftarkan.
19. Pihak Penganjur akan menghubungi pemenang cabutan sebanyak dua (2) kali sahaja.
20. Sekiranya tiga (3) panggilan tidak dijawab oleh pemenang, maka cabutan tersebut akan dibatalkan dan cabutan seterusnya akan dilakukan.
21. Pemenang bersetuju dengan rakaman panggilan telefon oleh pihak penganjur dan bersetuju bahawa rakaman ini boleh digunakan dalam sebarang prosiding atau tribunal.
22. Pemenang bersetuju dan memberi kebenaran kepada pihak penganjur untuk menyiarkan rakaman/gambar dalam mana-mana saluran media sosial pihak Penganjur.
23. Untuk pertanyaan lanjut mengenai Peraduan, sila Hubungi Talian Khas 010-6624099 (8.00 Pagi – 12.00 tengah hari, 2.00 petang – 5.00 petang, Isnin hingga Sabtu atau kunjungi laman sesawang www.ccare.com.my.