
Umum
1. Program Kumpul dan Tebus ini terbuka kepada semua pelanggan bermastautin di Sabah yang berusia 18 tahun dan ke atas yang memiliki Kad Member Istana Ayam Tua kecuali kakitangan C-Care Enterprise Sdn Bhd (Penganjur), serta anggota keluarga terdekat masing-masing.
2. Setiap pembelian pertama RM50 dan ke atas dalam satu resit di cawangan D’Ayam Tua Kolombong & D’Ayam Tua Kiansom akan melayakkan anda untuk menyertai program Kumpul & Tebus dan akan menerima 1 pelekat Istana Ayam Tua.
3. Peserta perlu menggunakan kad penebusan yang sama untuk mengumpul 15 pelekat dalam tempoh masa yang ditetapkan dan akan berpeluang menebus Thermos Bottle 304 Stainless Steel With Cup secara PERCUMA. (Selagi Stok Masih Ada)
4. Peraduan bermula dari 10/02/2023 dan berakhir pada 30/04/2023 (Tempoh Program). Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan pada bila-bila masa dalam tempoh program tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
Kelayakan
Program ini terbuka kepada:
1. Semua pelanggan yang berusia 18 tahun dan ke atas kecuali kakitangan C-Care Enterprise Sdn Bhd (Penganjur), serta anggota keluarga terdekat masing-masing
2. Dapatkan 1 pelekat dengan setiap pembelian RM50 dan ke atas dalam satu resit pembelian.
Cara Penyertaan
1. Pelanggan yang membuat pembelian RM50 dan ke atas dalam satu resit pembelian
2. Peserta yang berjaya mengumpul 15 pelekat dan lengkapkan dalam kad penebusan dalam tempoh yang diberikan berpeluang menebus Thermos Bottle 304 Stainless Steel With Cup secara PERCUMA.
3. Program ini hanya dibuat di cawangan D’Ayam Tua Kolombong & D’Ayam Tua Kiansom sahaja.
4. Barang boleh ditebus daripada pihak penganjur di alamat seperti di bawah:
i. D’Ayam Tua Kolombong, Lot 43, Lorong Mangga 2, Kolombong/ Bdc Milek Perkasa Industrial Estate, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.
ii. D’Ayam Tua Kiansom, Lot 2 of NT 013110631, Kampung Tambilong Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Lain-lain
1 Peserta digalakkan menebus barang daripada Penganjur pada hari yang sama peserta berjaya mendapatkan 15 pelekat dalam tempoh program dijalankan kerana stok adalah terhad.
2. Peserta program mesti mematuhi terma & syarat pihak yang mengatur dan/atau menyediakan hadiah. Penganjur berhak untuk menarik balik hadiah sekiranya peserta tidak mematuhi Terma & Syarat.
3. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan dan/atau menggantung hadiah, tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana barang tebusan dengan barangan lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu. Semua barang tebusan dituntut dalam keadaan “sedia ada” dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit atau barangan lain atau baucar sama ada secara sebahagiannya atau sepenuhnya.
4. Keputusan Penganjur dalam semua perkara berkaitan program adalah mutakhir, muktamad dan mengikat. Tiada surat-menyurat akan dilayan.
5. Penyertaan dalam program ini dan penerimaan barang penebusan menandakan Peserta memberikan kebenaran kepada Penganjur untuk menggunakan nama dan gambar Peserta untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang pampasan mahupun perlu memberikan notis kepada peserta terlebih dahulu.
6. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya barang hilang, rosak, cacat atau dicuri semasa dan selepas kutipan barang. Semua peserta bersetuju secara tidak bersyarat untuk menanggung liabiliti penuh dan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, ganti rugi, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) yang dialami akibat daripada penyertaan mereka dalam program ini, penebusan dan atau penggunaan barang.
7. Dengan menyertai program ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad dan mengikat. Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada peserta dan peserta hendaklah terikat kepada perubahan sedemikian.
8. Untuk pertanyaan lanjut mengenai Program, sila Hubungi Talian Khas 010-6624099 (8.00 Pagi – 12.00 tengah hari, 2.00 petang – 5.00 petang, Isnin hingga Sabtu atau kunjungi laman web www.ccare.com.my