Ceramah Kesedaran Kesihatan merujuk kepada kesedaran kita untuk menjaga kesihatan demi kebaikkan kesihatan diri yang mempengaruhi kualiti kerja seharian. Ia merupakan satu ceramah yang mengalakkan dan menyemai sikap menjadikan sesuatu tempat kerja itu selamat dan sihat dari segi fizikal dan mental.
Cermah kesihatan ini amat penting kerana pekerja adalah aset jabatan manakala kesihatan adalah sebagai aset peribadi pekerja. Melalui program ini pekerja akan lebih menghargai kesihatan sebagai aset paling bernilai. Budaya menghargai kesihatan ini akan mempengaruhi pekerja sebagai Individu dan seterusnya keluarga mereka.
Secara kesimpulannya, menjadikan sesuatu tempat kerja yang sihat adalah satu pelaburan yang besar untuk masa depan sesuatu organisasi dan juga pekerja itu sendiri