Kelayakan
1. Peraduan ini terbuka kepada:
i) Individu yang berumur 16 tahun dan ke atas.
ii) Warganegara Malaysia yang memegang kad pengenalan/dokumen yang sah
2. Peraduan ini tidak terbuka kepada kakitangan pihak penganjur dan ahli keluarga terdekat mereka atau siapa-siapa sahaja yang terlibat dengan penganjuran dan pelaksanaan peraduan.
Cara Penyertaan
1. Peserta mestilah ‘Like & Follow’ Facebook Istana Ayam Tua bagi melayakkan diri untuk menyertai peraduan ini.
2. Gambar yang dihantar bersama keluarga mestilah senyum dan tidak memakai sebarang aksesori atau topeng yang menutup muka/wajah.
3. Peserta ‘Message’ gambar bersama keluarga ke Facebook Istana Ayam Tua sebelum 26 Mei 2024, (11:59pm). Gambar yang diterima selepas waktu yang ditetapkan akan dibatal penyertaannya serta merta.
4. Peserta boleh ‘Share’ gambar masing-masing yang akan dimuat naik di dalam album.
5. Gambar yang mendapat bilangan Like/Wow/Love/Care tertinggi pada 19 Jun 2024, Rabu jam 2pm akan dikira sebagai pemenang.
Hadiah
🏆 Hadiah bernilai 𝐑𝐌𝟓𝟎𝟎 untuk dimenangi!
🏅Pertama : RM200 x 1 pemenang
🏅Kedua : RM120 x 1 pemenang
🏅Ketiga : RM80 x 1 pemenang
🏅Saguhati : RM50 x 2 pemenang
Lain-lain
1. Peserta bersetuju bahawa pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap peserta dan/atau mana-mana pihak dalam cara apa pun untuk sebarang bentuk liabiliti, kehilangan, tuntutan dan/atau kerosakan yang timbul berhubung dengan peraduan atau sebaliknya.
2. Pihak penganjur dengan ini menafikan dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kecederaan peribadi, keadaan kesihatan dan kerosakan harta yang timbul akibat daripada penerimaan hadiah dan pemenang mestilah melepaskan pihak penganjur daripada sebarang tuntutan.
3. Dalam keadaan peraduan ini tidak dapat ditadbirkan, ditinggalkan, dibatalkan dan/atau dihentikan atas sebab apa pun, pihak penganjur, tanpa tertakluk terhadap sebarang liabiliti dan atas kuasa mutlak, boleh untuk membatalkan, menamatkan, mengubah suai atau menggantung peraduan dan/atau membatalkan mana-mana penyertaan dalam peraduan ini tanpa memberi sebarang alasan dan tanpa notis kepada peserta.
4. Semua hadiah mesti diambil daripada pihak penganjur dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas pengumuman pemenang dilakukan di alamat seperti di bawah:
D’Ayam Tua Kolombong, Lot 43, Lorong Mangga 2, Kolombong/ Bdc Milek Perkasa Industrial Estate, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.
5. Selain peruntukan hadiah, semua kos atau perbelanjaan apa pun yang berkaitan dengan peraduan dan penebusan hadiah adalah menjadi tanggungjawab penuh pemenang dan para peserta.
6. Hadiah tidak boleh ditukar dan ditebus dengan wang tunai atau barangan lain. Sekiranya pemenang memilih untuk tidak menerima hadiah atas alasan apa pun, tiada sebarang ganti rugi yang akan diberikan.
7. Walau bagaimanapun, pihak penganjur boleh pada bila-bila masa atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan hadiah dengan barang-barang lain yang bersamaan atau sama nilainya dengan atau tanpa sebarang syarat.