Super Member #2 2023

Daftarlah jadi member Istana Ayam Tua!

Belanja besar & Menang besar dengan kami!

Kelayakan

Program ini terbuka kepada:

1. Semua pelanggan yang memiliki Kad Member Istana Ayam Tua / D’Ayam Tua dan berusia 16 tahun dan ke atas kecuali kakitangan C-Care Enterprise Sdn Bhd (Penganjur), serta anggota keluarga terdekat masing-masing.

2. Berbelanja dalam tempoh masa 1 September hingga 31 Disember 2023 untuk memenangi hadiah utama Super Member 2023 #2.

Cara Penyertaan

1. Pelanggan yang memiliki kad Member yang aktif secara langsung telah menyertai Peraduan Super Member 2023 #2.

2. Peserta yang perbelanjaan tertinggi dalam tempoh masa yang ditetapkan akan dinobatkan sebagai Super Member 2023 #2 dengan membawa balik hadiah yang menarik! (01 September – 31 Disember 2023)

3. Peraduan ini dijalankan di semua cawangan Istana Ayam Tua / D’Ayam Tua.

4. Pihak penganjur akan menghubungi pemenang Super Member 2023 #2 pada bulan seterusnya setelah tamat tempoh peraduan.

5. Hadiah boleh dituntut daripada pihak penganjur di alamat seperti di bawah:

D’Ayam Tua Kolombong, Lot 43, Lorong Mangga 2, Kolombong/ Bdc Milek Perkasa Industrial Estate, 88450 Kota Kinabalu, Sabah. 

Hadiah

🥇Hadiah Pertama : 2 Door Fridge 440L

🥈Hadiah Ke-2 : 50″ 50A6100H 4K UHD SMART TV 

🥉Hadiah Ke-3 : STANDARD R32 AIR-CONDITIONER

🏅Hadiah Ke-4 : Bicycle – Horse Urata (with Gear)

🏅Hadiah Ke-5 : Pensonic Electric Oven 35L

🏅Hadiah Ke 6 – 10 : PENSONIC 1L 250W BLENDER + RM50 Voucher

Lain-lain

1. Pemenang boleh menuntut hadiah daripada penganjur selepas 5 hari penganjur menghubungi pemenang.

2. Tempoh tuntutan hadiah adalah sepuluh [10] hari dari tarikh pengumuman senarai pemenang. Hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.

3. Sebarang penuntutan yang tidak membekalkan dokumen/bukti penuntutan yang sahih tidak akan dilayan.

4. Peserta program mesti mematuhi terma & syarat pihak yang mengatur dan/atau menyediakan hadiah. Penganjur berhak untuk menarik balik hadiah sekiranya peserta tidak mematuhi Terma & Syarat.

5. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan dan/atau menggantung hadiah, tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu. Semua hadiah dituntut dalam keadaan “sedia ada” dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit atau barangan lain atau baucar sama ada secara sebahagiannya atau sepenuhnya.

6. Keputusan Penganjur dalam semua perkara berkaitan program adalah mutakhir, muktamad dan mengikat. Tiada surat-menyurat akan dilayan. 

7. Penyertaan dalam program ini dan penerimaan sebarang hadiah menandakan peserta memberikan kebenaran kepada Penganjur untuk menggunakan nama dan gambar Peserta untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang pampasan mahupun perlu memberikan notis kepada peserta terlebih dahulu.

8. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya hadiah hilang, rosak, cacat atau dicuri semasa dan selepas kutipan hadiah. Semua peserta bersetuju secara tidak bersyarat untuk menanggung liabiliti penuh dan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, ganti rugi, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) yang dialami akibat daripada penyertaan mereka dalam program ini, penebusan dan atau penggunaan hadiah. 

9. Dengan menyertai program ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat  dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad dan mengikat. Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada peserta dan peserta hendaklah terikat kepada perubahan sedemikian.

10. Untuk pertanyaan lanjut mengenai Program, sila Hubungi Talian Khas 010-6624099 (8.00 Pagi – 12.00 tengah hari, 2.00 petang – 5.00 petang, Isnin hingga Jumaat dan 8.00 pagi – 12 tengah hari Sabtu atau kunjungi laman sesawang www.ccare.com.my.