MEMBER ROADSHOW 2023

⭐ Member Roadshow ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelanggan tentang kebaikan aplikasi mudah sekaligus meningkatkan jumlah pelanggan yang mendaftar sebagai ahli Istana Ayam Tua.

Event ini berlangsung selama 2 bulan!

📅 5 OGOS – 1 OKTOBER 2023 (setiap Sabtu & Ahad)

Acara-acara yang menarik khas untuk para member & pendaftar baru!

Spend & Spin!

Beli-belah & dapat hadiah-hadiah menarik daripada Fortune Wheel kami!

Percuma 1,000 poin!

Daftar di aplikasi kami & dapat poin percuma!

Free Member Renewal!

Perbaharui kad anda dengan kosong kos!

Anda sudah lama jadi ahli? Jom pilih-pilih barang Special Redemption kesukaan anda!🎁

Terma & Syarat

1. Peserta mesti mematuhi terma & syarat pihak penganjur. 

2. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan dan/atau menggantung hadiah, tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu. Semua hadiah dituntut dalam keadaan “sedia ada” dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit atau barangan lain atau baucar sama ada secara sebahagiannya atau sepenuhnya.

3. Penyertaan dalam program ini dan penerimaan sebarang hadiah menandakan peserta memberikan kebenaran kepada penganjur untuk menggunakan nama dan gambar peserta untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang pampasan mahupun perlu memberikan notis kepada peserta terlebih dahulu.

4. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya hadiah hilang, rosak, cacat atau dicuri semasa dan selepas kutipan hadiah. Semua peserta bersetuju secara tidak bersyarat untuk menanggung liabiliti penuh dan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, ganti rugi, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) yang dialami akibat daripada penyertaan mereka dalam program ini, penebusan dan atau penggunaan hadiah.  

5.Dengan menyertai Peraduan ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat  dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad dan mengikat. Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada peserta dan peserta hendaklah terikat kepada perubahan sedemikian.