Peraduan Reka Slogan Brand PapaMama

Umum

  1. Peraduan Mencipta Slogan ini adalah anjuran C-Care Enterprise Sdn Bhd (Istana Ayam Tua & D’Ayam Tua).
  2. Peraduan ini bermula pada 20 Oktober 2022, Khamis sehingga  03 November 2022, Khamis.
  3. Peraduan ini tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dinyatakan dan pihak penganjur berhak untuk mengubah, menambah, atau mengubahsuai terma dan syarat pada dan ketika waktu yang dianggap bersesuaian tanpa memberikan notis awal.
  4. Dengan menyertai peraduan ini, peserta mengaku telah membaca dan memahami terma dan syarat dan bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat peraduan.
  5. Peserta juga seterusnya mengizinkan pihak penganjur untuk menggunakan dan memaparkan gambar dan nama peserta dalam apa jua kaedah untuk tujuan yang berkaitan dengan peraduan.
  6. Slogan-slogan yang menang akan menjadi antara slogan pilihan untuk menjadi slogan produk PapaMama.
  7. Peserta juga seterusnya setuju untuk mengizinkan pihak syarikat  menggunakan dan mematerikan slogan menjadi hak milik  syarikat. Peserta tidak layak  untuk menuntut sebarang hak proprietari yang bersesuaian dengannya. 

Kelayakan

1. Peraduan ini hanya terbuka kepada:

i) Semua Staf C-Care Enterprise Sdn. Bhd. 

Syarat Penyertaan

 

1. Peserta hanya boleh menghantar tiga(3) slogan PapaMama.

2. Slogan mestilah dalam Bahasa Malaysia.

3. Slogan tidak melebihi 8 patah perkataan.

 

Hadiah

1. Hadiah peraduan berupa:

i). Hadiah bernilai RM300  x 1 Pemenang Utama

ii). Hadiah bernilai RM50  x 3 Pemenang

  1. Seorang peserta hanya layak untuk memenangi satu(1)  hadiah saja.
  2. Hadiah tidak boleh ditukar dan ditebus dengan wang tunai atau barangan lain. Sekiranya pemenang memilih untuk tidak menerima hadiah atas alasan apa pun, tiada sebarang ganti rugi yang akan diberikan.
  3. Walau bagaimanapun, pihak penganjur boleh pada bila-bila masa atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan hadiah dengan barang-barang lain yang bersamaan atau sama nilainya dengan atau tanpa sebarang syarat.

Lain-lain

  1. Peserta bersetuju bahawa pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap peserta dan/atau mana-mana pihak dalam cara apa pun untuk sebarang bentuk liabiliti, kehilangan, tuntutan dan/atau kerosakan yang timbul berhubung dengan peraduan atau sebaliknya.
  2. Pihak penganjur dengan ini menafikan dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kecederaan peribadi, keadaan kesihatan dan kerosakan harta yang timbul akibat daripada penerimaan hadiah dan pemenang mestilah melepaskan pihak pengajur daripada sebarang tuntutan.
  3. Dalam keadaan peraduan ini tidak dapat ditadbirkan, ditinggalkan, dibatalkan dan/atau dihentikan atas sebab apa pun, pihak penganjur, tanpa tertakluk terhadap sebarang liabiliti dan atas kuasa mutlak, boleh untuk membatalkan, menamatkan, mengubah suai atau menggantung peraduan dan/atau membatalkan mana-mana penyertaan dalam peraduan ini tanpa memberi sebarang alasan dan tanpa notis kepada peserta.
  4. Peserta yang telah tamat perkhidmatan di C-Care Enterprise Sdn.Bhd. sebelum tarikh penyerahan hadiah akan dibatalkan dengan serta-merta.