Peraduan Pantun, Tag & Menang 2022

Umum

1. Pantun Anak Merdeka adalah dianjurkan oleh D’Ayam Tua/Istana Ayam Tua(C-Care Sdn Bhd Enterprise).

2. Pertandingan ini bermula pada 24/08/2022 jam 12 pm sehingga 30/08/2022 jam 11:59 malam.

3. Peserta boleh hantar seberapa banyak pantun tetapi setiap peserta hanya layak untuk menang sekali sahaja.

4. Pertandingan ini tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dinyatakan dan pihak penganjur berhak untuk mengubah, menambah, dan/atau mengubahsuai terma dan syarat pada dan ketika yang dianggap bersesuaian tanpa memberikan notis awal.

5. Dengan mengikuti pertandingan ini, peserta mengaku telah membaca dan memahami terma dan syarat dan bersetuju dengan terma dan syarat Pertandingan.

6. Peserta juga seterusnya mengizinkan pihak penganjur untuk mengguna dan memaparkan gambar dan nama peserta dalam apa jua kaedah untuk tujuan yang berkaitan dengan Pertandingan. Peserta tidak layak untuk menuntut sebarang hak proprietari yang bersesuaian dengannya.

7. 6 pemenang akan dipilih sebagai pemenang, 5 orang pemenang untuk kategori 8(a) dan 1 orang pemenang untuk kategori 8(b).

8. Kategori Pemilihan Pemenang:

a) Cabutan Bertuah :  Baucar Tunai bernilai RM50 x 5 Pemenang

b) Likes/Reaction pada komen (pantun) yang paling banyak : Hadiah Misteri x 1 Pemenang

 

Kelayakan

Pertandingan ini terbuka kepada:

1. Bagi para individu yang telah like page FB Istana Ayam Tua.

2. Semua individu berumur 17 tahun dan ke atas.

3. Warganegara Malaysia yang memegang dokumen yang sah.

4. Peraduan ini tidak terbuka kepada kakitangan pihak penganjur dan ahli keluarga terdekat mereka atau siapa-siapa sahaja yang terlibat dengan penganjuran dan pelaksanaan peraduan.

Cara Penyertaan

1. Peserta perlu like page Istana Ayam Tua, like & share post Pantun Anak Merdeka untuk menyertai pertandingan.

2. Peserta perlu reka 1 pantun 2 kerat dan Tag 3 rakan pada ruangan komen post Pantun Anak Merdeka.

3. Pantun 2 kerat dalam Bahasa Malaysia sahaja yang layak dikemukakan untuk menyertai peraduan ini.

4. Pantun yang dihantar mesti ada unsur patriotik, cinta terhadap Malaysia.

5. Pantun yang dihantar tidak boleh ada isu politik, sindiran, isu sensitif, unsur tidak senonoh atau sebarang perkataan cacian/makian.

6. Pantun yang tidak memenuhi syarat C.4-5 secara automatik akan dipadamkan dan penyertaan akan dibatalkan serta merta

7. Contoh pantun 2 kerat:

“Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu,

Tinggi lagi sayang sama negaraku!”

Morgan Lockman  Brad Corner  Christ Prett

8. Peserta perlu memenuhi kriteria penyertaan serta terma dan syarat C(1-6) untuk dikira sebagai pemenang.

9. Keputusan para pemenang akan diumumkan sebelum 5 September 2022.

10. Para pemenang mesti menuntut hadiah dalam tempoh 14 hari selepas keputusan telah diumumkan.

11. Semua hadiah hanya boleh diambil daripada pihak penganjur di alamat tertera di bawah:

D’Ayam Tua Kolombong, Lot 43, Lorong Mangga 2, Kolombong/ Bdc Milek Perkasa Industrial Estate, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Hadiah

1. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan dan/atau menggantung hadiah, tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu. Semua hadiah dituntut dalam keadaan “sedia ada” dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit atau barangan lain atau baucar sama ada secara sebahagiannya atau sepenuhnya.

2. Sekiranya peserta tidak dapat hadir untuk menuntut barangan dan memerlukan wakil untuk penuntutan. Peserta wajib memaklumkan maklumat dokumen sah wakil peserta kepada pihak penganjur sekurang-kurangnya 3 hari sebelum penuntutan. 

3. Sebarang penuntutan yang tidak membekalkan dokumen/bukti penuntutan yang sahih tidak akan dilayan.

4. Keputusan dan permohonan para peserta adalah muktamad. Sebarang percubaan untuk merayu, mengkaji, mempertikaikan keputusan tidak akan dilayan.

5. Peserta bersetuju bahawa pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap peserta dan/atau mana-mana pihak dalam cara apa pun untuk sebarang bentuk liabiliti, kehilangan, tuntutan dan/atau kerosakan yang timbul berhubung dengan pertandingan atau sebaliknya.

6. Pihak penganjur dengan ini menafikan dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kecederaan peribadi, keadaan kesihatan dan kerosakan harta yang timbul akibat daripada penuntutan barang.

7. Dalam keadaan pertandingan ini tidak dapat ditadbirkan, ditinggalkan, dibatalkan dan/atau dihentikan atas sebab apa pun, pihak penganjur, tanpa tertakluk kepada sebarang liabiliti dan atas kuasa mutlak, boleh untuk membatalkan, menamatkan, mengubah suai atau menggantung pertandingan dan/atau membatalkan mana-mana penyertaan dalam Pertandingan ini tanpa memberi sebarang alasan dan tanpa notis kepada Peserta.

Pemilihan Pemenang

1. Seramai Lima (5) peserta akan dipilih sebagai pemenang. 

2. Peserta mesti ‘Like & Share’ Facebook Istana Ayam Tua.

3. Gambar yang mempunyai banyak bilangan ‘Like/Wow/Love/Care’ pada 10 Jun 2022, Selasa jam 02:00pm akan dikira sebagai pemenang.

4. Keputusan dan pemilihan pemenang peraduan adalah muktamad. Tiada rayuan melalui surat-menyurat dan sebarang percubaan untuk merayu, mengkaji, mempertikaikan keputusan tidak akan dilayan.

Lain-lain

1. Peserta bersetuju bahawa pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap peserta dan/atau mana-mana pihak dalam cara apa pun untuk sebarang bentuk liabiliti, kehilangan, tuntutan dan/atau kerosakan yang timbul berhubung dengan peraduan atau sebaliknya.

2. Pihak penganjur dengan ini menafikan dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kecederaan peribadi, keadaan kesihatan dan kerosakan harta yang timbul akibat daripada penerimaan hadiah dan pemenang mestilah melepaskan pihak pengajur daripada sebarang tuntutan.

3. Dalam keadaan peraduan ini tidak dapat ditadbirkan, ditinggalkan, dibatalkan dan/atau dihentikan atas sebab apa pun, pihak penganjur, tanpa tertakluk terhadap sebarang liabiliti dan atas kuasa mutlak, boleh untuk membatalkan, menamatkan, mengubah suai atau menggantung peraduan dan/atau membatalkan mana-mana penyertaan dalam peraduan ini tanpa memberi sebarang alasan dan tanpa notis kepada peserta.