🤔Teka, 👪Tag & 🎖Menang!~

UMUM

  • Peraduan ini adalah anjuran Istana Ayam Tua/D’Ayam Tua (C-Care Enterprise Sdn Bhd).

  • Peraduan ini bermula pada 24 Januari 2022, Isnin, jam 10:00 pagi sehingga hari 24 Febuari 2022, Khamis, jam 1:00 petang.

  • Peraduan ini tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dinyatakan dan pihak penganjur berhak untuk mengubah, menambah, atau mengubahsuai terma dan syarat pada dan ketika waktu yang dianggap bersesuaian tanpa memberikan notis awal.

  • Dengan menyertai peraduan ini, peserta mengaku telah membaca dan memahami terma dan syarat dan bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat peraduan.

  • Peserta juga seterusnya mengizinkan pihak penganjur untuk menggunakan dan memaparkan gambar dan nama peserta dalam apa jua kaedah untuk tujuan yang berkaitan dengan peraduan.

  • Peserta tidak layak untuk menuntut sebarang hak proprietari yang bersesuaian dengannya.

KELAYAKAN

  • Peraduan ini terbuka kepada:
    • Semua individu yang berumur 16 tahun ke atas sahaja.
    • Warganegara Malaysia yang memegang kad pengenalan/dokumen yang sah.

  • Peraduan ini tidak terbuka kepada kakitangan pihak penganjur dan ahli keluarga terdekat mereka atau siapa-siapa sahaja yang terlibat dengan penganjuran dan pelaksanaan peraduan.

CARA-CARA PENYERTAAN

  • Peserta sendiri mestilah Like & Follow Facebook Istana Ayam Tua bagi melayakkan diri menyertai peraduan ini.

  • Peserta Like & Share post “Teka, Tag & Menang”.

  • Peserta teka jumlah kuantiti produk PapaMama yang dipamerkan dan nyatakan jawapan masing-masing di ruangan komen serta Tag Tiga(3) orang rakan Facebook anda.

  • Contoh:
    288 tin
    John Doe
    James Smith
    Morgan Lockman

  • Setiap peserta/akaun FB boleh memberi seberapa banyak jawapan, namun satu(1) sahaja jawapan yang akan menang untuk setiap peserta.

  • Jawapan yang sama akan dikumpulkan & pemenang akan ditentukan berdasar cabutan bertuah.

HADIAH

  • Hadiah peraduan berupa;
    • Baucar Tunai RM50 + Hamper bernilai RM30 x 3
  • Seorang peserta hanya layak memenangi satu(1) hadiah saja.
  • Untuk menebus hadiah, pemenang hendaklah menghantar mesej ke messenger Facebook Istana Ayam Tua dengan butiran berikut:
    i) Nama Penuh (seperti dalam kad pengenalan)
    ii) Nombor Telefon
    iii) Nombor kad pengenalan
  • Semua hadiah mesti diambil daripada pihak penganjur dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas pengumuman pemenang dilakukan di alamat seperti di bawah:
    • D’Ayam Tua Kolombong, Lot 43, Lorong Mangga 2, Kolombong/ Bdc Milek Perkasa Industrial Estate, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.
  • Selain peruntukan hadiah, semua kos atau perbelanjaan apa pun yang berkaitan dengan peraduan dan penebusan hadiah adalah menjadi tanggungjawab penuh pemenang dan para peserta.
  • Hadiah tidak boleh ditukar dan ditebus dengan wang tunai atau barangan lain. Sekiranya pemenang memilih untuk tidak menerima hadiah atas alasan apa pun, tiada sebarang ganti rugi yang akan diberikan.
  • Walau bagaimanapun, pihak penganjur boleh pada bila-bila masa atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan hadiah dengan barang-barang lain yang bersamaan atau sama nilainya dengan atau tanpa sebarang syarat.

LAIN-LAIN

  • Peserta bersetuju bahawa pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap peserta dan/atau mana-mana pihak dalam cara apa pun untuk sebarang bentuk liabiliti, kehilangan, tuntutan dan/atau kerosakan yang timbul berhubung dengan peraduan atau sebaliknya.

  • Pihak penganjur dengan ini menafikan dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kecederaan peribadi, keadaan kesihatan dan kerosakan harta yang timbul akibat daripada penerimaan hadiah dan pemenang mestilah melepaskan pihak pengajur daripada sebarang tuntutan.
  • Dalam keadaan peraduan ini tidak dapat ditadbirkan, ditinggalkan, dibatalkan dan/atau dihentikan atas sebab apa pun, pihak penganjur, tanpa tertakluk terhadap sebarang liabiliti dan atas kuasa mutlak, boleh untuk membatalkan, menamatkan, mengubah suai atau menggantung peraduan dan/atau membatalkan mana-mana penyertaan dalam peraduan ini tanpa memberi sebarang alasan dan tanpa notis kepada peserta.