Tarikh : 4 hingga 30 Jun 2021
Langkah-langkah menyertai Peraduan
Langkah 1 – “Like & Follow” FB Istana Ayam TuaÂ
Langkah 2 – Beli mana-mana produk PapaMama.
Langkah 3 – Ambil gambar bersama Ibu/Bapa/Anak dengan produk PapaMama.
Langkah 4 – Hantar gambar ke MessengerFacebook Istana Ayam Tua (tertakhluk terma & syarat)
Langkah 5 – Kumpul Like/Wow/Care/Love terbanyak dan menang!
Umum
1. Peraduan Gambar ini adalah anjuran Istana Ayam Tua/D’Ayam Tua (C-Care Enterprise Sdn Bhd).
2. Peraduan ini bermula pada hari 4 Jun 2021, Jumaat, jam 12:00 tengahari sehingga hari Isnin, 23 Jun 2021, jam 12:00 tengahari.
3. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu(1) penyertaan(gambar). Walau bagaimanapun, setiap peserta hanya akan menang sekali(1) sahaja sepanjang tempoh peraduan.
4. Peraduan ini tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dinyatakan dan pihak penganjur berhak untuk mengubah, menambah, atau mengubahsuai terma dan syarat pada dan ketika waktu yang dianggap bersesuaian tanpa memberikan notis awal.
5. Dengan menyertai peraduan ini, peserta mengaku telah membaca dan memahami terma dan syarat dan bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat peraduan.
6. Peserta juga seterusnya mengizinkan pihak penganjur untuk menggunakan dan memaparkan gambar dan nama peserta dalam apa jua kaedah untuk tujuan yang berkaitan dengan peraduan. Peserta tidak layak untuk menuntut sebarang hak proprietari yang bersesuaian dengannya.
Kelayakan
- Peraduan ini terbuka kepada:
i) Semua individu tidak kira umur, danÂ
ii) Warganegara Malaysia yang memegang kad pengenalan / dokumen yang sah - Peraduan ini tidak terbuka kepada kakitangan pihak penganjur dan ahli terdekat mereka atau siapa-siapa yang terlibat dengan penganjuran dan pelaksanaan peraduan.
Cara Penyertaan
-  Peserta mestilah ‘Like & Follow’ Facebook Istana Ayam Tua bagi melayakkan diri untuk menyertai peraduan ini.
- Peserta mesti beli mana-mana Produk PapaMama untuk mengikuti peraduan ini.
- Peserta bergambar dengan ibu/bapa/anak beserta dengan mana-mana produk PapaMama.
- Peserta ‘Message’ gambar bersama ibu/bapa/anak ke Facebook Istana Ayam Tua sebelum 23 Jun 2021, Rabu, 11:00 pagi. Gambar yang diterima selepas waktu yang ditetapkan akan dibatal penyertaannya serta merta.
- Peserta boleh ‘Share’ gambar masing-masing yang akan dimuat naik di dalam album.
- Peserta boleh meminta ahli keluarga atau rakan untuk ‘Like/Wow/Love/Care’ gambar tersebut selepas album dimuatnaik sehingga 30 Jun 2021, Isnin.
Pemilihan Pemenang
- Seramai lima(5) peserta akan dipilih sebagai pemenang.
- Pemilihan pemenang akan diadili berdasarkan dua(2) kriteria:
i) Peserta ‘Like’ Facebook Istana Ayam Tua
ii) Jumlah ‘Like/Love/Care/Wow’ gambar yang terbanyak pada gambar. - Pengiraan ‘Like/Love/Care/Wow’ gambar adalah berdasarkan jumlah ‘Like/Love/Care/Wow’ pada 21 Jun 2021, Isnin, 2 petang.
- Pemenang akan diumumkan di laman Facebook Istana Ayam Tua sebelum 5 Julai 2021.
- Keputusan dan pemilihan pemenang oleh penganjur dalam peraduan ini adalah muktamad. Sebarang percubaan untuk merayu, mengkaji, mempertikaikan keputusan tidak akan dilayan.
Hadiah
- Hadiah peraduan berupa;
1st: Hadiah bernilai RM150
2nd: Hadiah bernilai RM80
3rd: Hadiah bernilai RM40
4th-5th: Hadiah bernilai RM15 - Seorang peserta hanya layak memenangi satu(1) hadiah saja.
- Untuk menebus hadiah, pemenang hendaklah menghantar mesej ke laman Facebook Istana Ayam Tua dengan butiran berikut:
i) Nama Penuh (seperti dalam kad pengenalan)
ii) Nombor Telefon
iii) Nombor kad pengenalan - Semua hadiah mesti diambil daripada pihak penganjur dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas pengumuman pemenang dilakukan di alamat seperti di bawah:
D’Ayam Tua Kolombong, Lot 43, Lorong Mangga 2, Kolombong/ Bdc Milek Perkasa Industrial Estate, 88450 Kota Kinabalu, Sabah. - Selain peruntukan hadiah, semua kos atau perbelanjaan apa pun yang berkaitan dengan peraduan dan penebusan hadiah adalah menjadi tanggungjawab penuh pemenang dan para peserta.
- Hadiah tidak boleh ditukar dan ditebus dengan wang tunai atau barangan lain. Sekiranya pemenang memilih untuk tidak menerima hadiah atas alasan apa pun, tiada sebarang ganti rugi yang akan diberikan.
- Walau bagaimanapun, pihak penganjur boleh pada bila-bila masa atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan hadiah dengan barang-barang lain yang bersamaan atau sama nilainya dengan atau tanpa sebarang syarat.
Lain-Lain
- Peserta bersetuju bahawa pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap peserta dan/atau mana-mana pihak dalam cara apa pun untuk sebarang bentuk liabiliti, kehilangan, tuntutan dan/atau kerosakan yang timbul berhubung dengan peraduan atau sebaliknya.
- Pihak penganjur dengan ini menafikan dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kecederaan peribadi, keadaan kesihatan dan kerosakan harta yang timbul akibat daripada penerimaan hadiah dan pemenang mestilah melepaskan pihak pengajur daripada sebarang tuntutan.
- Dalam keadaan peraduan ini tidak dapat ditadbirkan, ditinggalkan, dibatalkan dan/atau dihentikan atas sebab apa pun, pihak penganjur, tanpa tertakluk terhadap sebarang liabiliti dan atas kuasa mutlak, boleh untuk membatalkan, menamatkan, mengubah suai atau menggantung peraduan dan/atau membatalkan mana-mana penyertaan dalam peraduan ini tanpa memberi sebarang alasan dan tanpa notis kepada peserta.